Sha's connection

Monday, March 14, 2011

Alahai Isteriku kuat berleter


Bla....bla...blaa....pagi petang siang malam Mail asik kena leter kat isterinya Senah sampaikan Mail mula bosan untuk pulang ke rumah dan menghadap muka isterinya itu, mana taknya benda kecik saja tapi leterannya berjela panjang ....Mail tersangat hairan kerana seawal perkahwinan mereka dulu dan masa tengah hot bercinta perangai Senah tidak bergitu, Senah sangat lemah lembut orangnya malah agak pendiam tapi lain jadinya apabila mereka sudah berumahtanga, siang malam Mail asyik dibebel oleh Senah hinggakan Mail mula merasa fed up dengan sikap Senah yang kuat membebel. Si Senah pula hanya akan berhenti membebel apabila dia tidur saja, tapi Senah bukan kaki tidur, nisbah waktu tidurnya sehari hanya 8 jam saja.

 Jadi,suatu hari Mail telah pergi bertemu dengan kawannya Rony yang memang pakar tentang perempuan. Katanya pada Rony

"Rony, aku berang gila la dengan bini aku tu...hari-hari asyik membebel saja kerjanya." 

"So..kau nak suruh aku buat apa?" Soal Rony sambil menyedut minumannya.

"Aku nak mintala sedikit nasihat bernas dari kau sebab aku dah tak tahan sangat dah ni" Kata Mail

"Belakang rumah kau ada perigi lama kan.yang dah kering air tu?" Kata Rony

"Ya,kenapa?" Soal Mail 

"Aku ada satu cara ni je untuk settlekan masalah ngan bini kau tu, kau masukkan bini kau tu dalam perigi buta tu selama beberapa hari,biar dia rasa macamana hidup dalam tu,lepas beberapa hari kau angkatlah dia naik balik,aku confirm dia berubah" Kata Rony

"Okaylah balik ni aku buat" Kata Mail menyetujui cadangan Rony dan balik saja ke rumah dia terus memanggil Senah dan menyuruh Senah masuk ke dalam perigi itu dalam nada yang cukup tegas. Senah terpaksa akur perintah suaminya walaupun dia masuk ke dalam perigi itu dalam leteran panjang dan tangisan kesedihan.

 Jadi malam itu Mail tidur dengan lenang sekali,tiada leteran panjang Senah,dia bangun pagi juga dalam senyuman panjang,begitu juga hari yang kedua segalanya berjalan lancar namun apabila masuk sahaja hari ketiga, Mail rasa rumahnya terlalu sunyi...jiwanya juga terasa kosong,dia asyik teringatkan isterinya yang dibuang ke dalam perigi buta itu, dia rindukan leteran isterinya itu jadi dia sekali lagi pergi berjumpa dengan Rony.

"Macamana ni Rony..aku rindukan leteran bini aku tu,rasa sunyi sangat dan kosong saja hati aku ni bila tak dengar suara dia" Kata Mail 

"Hah,itulah pengajarannya! sebenarnya aku nak kau jangan cepat melatah....dah adat rumah tanggalah Mail oi.,,isteri membebel tanda sayang....macam ni lah aku cadang kau balik ni kau pergi angkut balik bini kau tu" Kata Rony 

  "Baik Rony"   Kata Mail dan terus begegas pulang ke rumah untuk mengambil kembali isterinya,terus dicari tali yang besar dan dia segera berlari ke perigi buta tersebut,perlahan diturunkan tali untuk menarik isterinya naik,namun tarik punya tarik tiba-tiba sepasang tangan berbulu dengan muka agak buruk keluar dari perigi buta tersebut sambil memegang kemas tali itu. Mail terkejut..dia memikirkan Senah sudah menjadi arwah dimakan oleh penunggu perigi itu

 "Mana bini aku penunggu perigi....kembalikan bini aku..." Mail menjerit marah pada penunggu perigi itu.

Penunggu perigi yang berbulu itu naik perlahan dan mengambil uncang berisi pakaiannya lalu disangkut ke bahu.

"Hang turunlah ambik bini hang tu,aku nak pindah..aku tak sanggup dah tinggal dalam perigi tu lagi,hari-hari kena leter kat bini hang tu...aku tak sanggup,dua hari aku macam nak gila tinggal dengan bini hang" Kata si Penunggu perigi itu sambil berjalan pergi sambil membetulkan rambut ala-ala amy mastura.
Mail tercengang sendiri....alahai bini aku kuat berleter..............

.

2 comments:

Unknown said...

mcm2 la...mase bercinta seme cover kot..huhu

sha said...

misz sheylaaa....ahaaa..tp leter ni x elok sbnrnya...hehheee