-->xDek sapapon yang nak gemok...sampai seluar nk masok saiz XL dapat nk kena tambah saiz lagi XXL..XXXXXL.......so kat sini aku nk jadi pakar diet pulak, aku nak kongsi dengan korang semua cara diet terbaru ...ikut cara aku..ok..(sebab aku rasa aku makin kuruslah..hahaha)
Cara-caranya adalah:
1.Langkah pertama adalah di atas alat penimbang!
Timbangla berat korang tu dan catat berat korang masa tu kendian tetapkan atau set berapa KG lemak yang korang nak buang dalam badan semasa proses pendietan korang itu. Dan masa tu, korang dah boleh mula tetapkan azam dalam otak korang sama ada nak kurangkan sebanyak,5kg, 10kg,15kg atau 20 kg! Tapi bergantung juga kepada berat korang ketika itu. Kalo dah berat 50kg takkan nak turun sampai 30kg..ya tak...??
2. Jadi,untuk mendapat berat yang diidamkan korang perlulah menukar cara pemakanan dan senaman korang.
Rancangla untuk makan 4 hingga 6 jumlah hidangan yang bersaiz kecil sehari sahaja sebagai ganti 3 jumlah hidangan yang besar. Cuba juga masukkan buah-buahan,sayuran dan sedikit daging dalam hidangan korang tu dan jangan lupa kurangkan makanan berkanji okey ..macam nasi tu? kalau dah berpinggan-pinggan nasi..alamatnya...chubby! Kalo korang makan bijirin pula,pastikan semuanya adalah bijirin,elakkan jus,alkohol,minuman manis dan desert.
3.Mulakan dan lakukan senaman bersesuaian dengan gaya korang.
Contohnya bersiar-siar dengan binatang peliharaan sekurangnya 3 kali seminggu (cheh, macam mat salleh pulak) Kalo korang suka berenang,korang boleh join kelab renang. Mulakan rutin senaman korang secara perlahan-lahan sebelum melakukan dengan lebih masa.
4.Elakkan makan snack.
Kalau korang rasa nak makan snack,pastikan snack yang korang nak makan tu berkhasiat seperti yogurt,buahan segar atau jenis kekacang tau..snack yang pelik-pelik tak mau...tak mau makan okey...
TIPS DAN AMARANNYA:
korang mungkin perlu meminta pertimbangan dari encik doktor dulu sebelum memulakan rancangan diet korang tu sekiranya korang ni ada Pre-existing medical condition
Minumlah air masak dengan kuantiti yang banyak.Minumlah segelas air bila korang rasa tiba-tiba je nak makan snek yang manis kerana ia adalah cara yang baik untuk menahan rasa lapar.
Jangan membaca atau menonton Televisyen ketika korang makan. Kerana korang tak akan sedar berapa jumlah makanan yang korang tibai.
Nikmatilah makanan korang tu ketika tibanya time makan kerana ianya adalah cara yang lebih relax dan juga dapat memberikan tubuh korang waktu untuk mencernakan makanan dan jangan lupa take a walk selepas makan malam ya!
Nikmatilah makanan korang tu ketika tibanya time makan kerana ianya adalah cara yang lebih relax dan juga dapat memberikan tubuh korang waktu untuk mencernakan makanan dan jangan lupa take a walk selepas makan malam ya!
·
·
·
No comments:
Post a Comment