Bulan's connection

Wednesday, August 7, 2024

10 Years after My Last Post

 


Assalamualaikum,

Hari ni 10 tahun selepas pos terakhir aku pada 2014 yang lalu..OMG! 

10 tahun aku tak jengah blog aku ni, dengan pelbagai kemajuan dan dunia hujung jari sekarang ni sampaikan akupun dah terlupa rupanya aku pernah main blog ni zaman-zaman study dulu 😅

Haish...kalau manusia ni dah darjah 4 dah gayanya..

So, apa yang jadi sekarang?  Akupun dah mid-thirties dah, married dan ada 2 ekor anak bulus yang comel (belum dikurniakan rezeki anak lagi, doakan ya). Ada waktu nanti aku ceritakan pasal macamana aku boleh adopt 2 ekor anak bulus aku ni.

Oh ya, sekarang ni musim Olympic 2024 yang berlangsung di Paris, waktu aku menulis ni atlet-atlet kita yang berjuang hari ni adalah Dato' Azizulhasni, Shah Firdaus dan Nurul Izzah for Keirin, Nur Dhabitah for terjun papan anjal, dan Mohamad Aniq untuk angkat berat dan buat masa sekarang keputusan diorang sangat memuaskan. Semoga mereka semua membawa pulang pingat untuk kita...go team MAS!  Harap kita dapat gold medal dari mereka semua (bolehlah dapat cuti peristiwa...oppss...hehe) Oh ya, so far kita dah collect bronze medal dari team badminton, tahniah LZJ , Aaron & Wooi Yik. Tahniah juga untuk atlet-atlet kita yang lain walaupun tak mampu meraih pingat tapi korang dah hadiahkan rasa bangga kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong korang.

Berbalik semula pada diri aku, bila umurpun dah tua ni mulalah lututpun dah start sakit, badanpun makin berisi, circle lifepun semakin mengecil, terkadang tak ada masa bila 5 hari seminggu kerja, menghadap jammed yang semakin teruk di Penang ni. Bila hari minggu tiba, hah time itulah nak pulun tidurpun tapi itulah sejak ada anak-anak bulus ni aku dah korbankan tidur aku tu..hehe. Tapi, bebudak 2 ekor ni pandai juga kalau aku tidur diorangpun tidur juga tapi cuba kalau aku bukak mata, diorang datang mengeow tepi telinga tu sampai naik pekak..haha tapi tak apa, sayang punya pasal aku tak marah diorang walaupun laki aku cakap aku garang dengan anak-anak bulus kitorang 😁

So, 11.50pm right now esok kerja dengan baju, tudung tak beriron lagi..adoi!.

Nantilah hujung minggu ni ke, aku jengah balik blog aku ni, nak godek-godek balik apa yang aku mengarut sejak tahun 2009 yang lalu tu sambil tu nak kena belajar balik macamana nak main blog ni, dah tak ingat dah semuanya, widget tak widget, layout, theme semua tak reti dah..

Okaylah, good night.

Bismikallahumma ahya wa amuut.