Bulan's connection

Friday, October 9, 2009

The Ke'dont know' Story


Picture source:Wikipedia (Spondias Dulcis)




Baru-baru ni semua student UUM lari balik kampung kerana bimbang dengan isu virus H1N1 yang tiba-tiba tersebar dengan lajunya di seluruh pelosok universiti. Dan, golongan yang melarikan diri tu termasuklah aku dan rakan-rakan sebilikku bagaimanapun di sebabkan tiket bas yang melambung naik dengan mendadaknya, sorang kawan aku ni tak dapatlah nak balik jadi dia cuma berpindah ke kolej luar kampus dan menetap di UUM yang sunyi tu selama seminggu bersama beberapa lagi pelajar lain yang tidak dapat pulang ke kampung juga.

Jadi, dalam tempoh seminggu tu dia banyaklah berbual dengan international student terutamanya yang tak dapat balik negara dorang juga. Arakian, ada seorang student tu telah bertanyakan sebiji buah yang terdapat di dalam kawasan kampus. So, member aku terus bagitahu foreign student tu yang buah yang beliau tanyakan adalah buah "kedondong" tapi dengan terbelit lidah nak menyebut dalam bahasa melayu, student tu tanya balik 

"what?kedontknow?".

Member akupun ulang lagi sekali dah nampak susah sangat nak menyebutnya tapi tetap itu jugak yang di sebutkannya, nak tak nak member aku iyakan saja.

Setelah beberapa hari dan dah puas bercuti kitorang balik semula ke kampus, member aku yang tadipun apa lagi berceritalah fasal kisah kedondong tu dekat kitorang, yang member aku yang sorang lagi ni pulak hantu colek, teruslah ajak kitorang pergi cari buah kedondong tu. Yang si member aku yang tak balik tu pulak sebab dah tahu kat mana location pokok kedondang yang dia jumpa dengan budak foreign student tu dengan confidentnyalah ajak kitorang berdua. Dalam perjalanan tu usah ceritalah planning nak beli garamlah, gulalah, cukalah dekat Unimart untuk sesi colek nanti kat bilik hostel. 

Jalan punya jalan kitorang akhirnya sampailah kat sepohon kayu yang rendang dan berbuah lebat, memang terliurlah kalau tengok, bentuk buah tu hijau dan bujur dan member aku tupun cakap 
"hah, nilah pokok kedondong tu, banyak gila ni korang buah dia"  
Melihatkan buah yang turut jatuh di rumput, aku dengan member hantu colek tu terus menjerit dekat dia dengan jeritan tahap histeria.

"Ini betul-betul kedontknow!!" 

Member aku tu rupanya tak kenalpun buah kedondong tu macamana dan buah hijau bujur yang dia ajak kitorang pergi jolok tupun tak tahu buah hutan mana yang tumbuh dalam kampus tu...
Aiseyman..Nilah kisah dua minggu kami masuk UUM..