Bulan's connection

Monday, March 12, 2012

POLIGAMI MENURUT ISLAM



kenapa aku buat entri berkaitan poligami?? aku nak kahwin ke? ishh...bukan..aku buat entri poligami sebab hari ni tertarik hati dengan perbincangan kat satu group Facebook CINTA ALLAHG CINTA ABADI (nama group fb tersebut) dan buat korang yang baca artikel aku ni, kalau tak keberatan boleh ask to joint that group ok...banyak ilmu2 islam kita leh share....
ok..berbalik kepada entri aku ni... poligami..poligami menurut islam ada syaratnya dan bukan main nak kahwin 4 je....  beberapa ulama, setelah meninjau ayat-ayat tentang poligami, mereka telah menetapkan bahawa menurut asalnya, Islam sebenamya ialah monogami. Terdapat ayat yang mengandungi ugutan serta peringatan agar tidak disalah gunakan poligami itu di tempat-tempat yang tidak wajar. Ini semua bertujuan supaya tidak terjadinya kezaliman. Tetapi, poligami diperbolehkan dengan syarat ia dilakukan pada masa-masa terdesak untuk mengatasi perkara yang tidak dapat diatasi dengan jalan lain. Atau dengan kata lain bahawa poligami itu diperbolehkan oleh Islam dan tidak dilarang kecuali jikalau dikhuatirkan bahawa kebaikannya akan dikalahkan oleh keburukannya.


Jadi, sebagaimana talaq, begitu jugalah halnya dengan poligami yang diperbolehkan kerana hendak mencari jalan keluar dari kesulitan. Islam memperbolehkan umatnya berpoligami berdasarkan nas-nas syariat serta realiti keadaan masyarakat. Ini bererti ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya demi untuk mencapai kesejahteraan masyarakat Islam, demi untuk menjaga ketinggian budi pekerti dan nilai kaum Muslimin.
Oleh yang demikian, apabila seorang lelaki akan berpoligami, hendaklah dia memenuhi syarat-syarat sebagai berikut;


1. Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya. Syarat ini telah disebutkan oleh Allah (SWT) dengan firman-Nya;


"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)


Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan seseorang itu berkahwin tidak boleh lebih dari empat orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau tidak beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja.
Pembatasan ini juga bertujuan membatasi kaum lelaki yang suka dengan perempuan agar tidak berbuat sesuka hatinya. Di samping itu, dengan pembatasan empat orang isteri, diharapkan jangan sampai ada lelaki yang tidak menemukan isteri atau ada pula wanita yang tidak menemukan suami. Mungkin, kalau Islam membolehkan dua orang isteri saja, maka akan banyak wanita yang tidak menikah. Kalau pula dibolehkan lebih dari empat, mungkin terjadi banyak lelaki tidak memperolehi isteri.


2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya. Misalnya, berkahwin dengan kakak dan adik, ibu dan anaknya, anak saudara dengan emak saudara baik sebelah ayah mahupun ibu.
Tujuan pengharaman ini ialah untuk menjaga silaturrahim antara anggota-anggota keluarga. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;


"Sesungguhnya kalau kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan memutuskan silaturrahim di antara sesama kamu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Kemudian dalam hadis berikut, Rasulullah (s.a.w.) juga memperkuatkan larangan ini, maksudnya;
Bahawa Urnmu Habibah (isteri Rasulullah) mengusulkan agar baginda menikahi adiknya. Maka beliau menjawab; "Sesungguhnya dia tidak halal untukku." (Hadis riwayat Bukhari dan Nasa'i)
Seorang sahabat bernama Fairuz Ad-Dailamy setelah memeluk agama Islam, beliau memberitahu kepada Rasulullah bahawa beliau mempunyai isteri yang kakak beradik. Maka Rasulullah menyuruhnya memilih salah seorang di antara mereka dan menceraikan yang satunya lagi. Jadi telah disepakati tentang haramnya mengumpulkan kakak beradik ini di dalam Islam.


3. Disyaratkan pula berlaku adil, sebagaimana yang difirmankan Allah (SWT);
"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)


Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.
Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:


a) Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
Seorang suami yang selalu sakit-sakitan dan mengalami kesukaran untuk bekerja mencari rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila dia tetap berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian adalah tidak adil.



b) Adil di antara para isteri.
Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.



Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;
"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)
i) Adil memberikan nafkah.
Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-sebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai tambahan.
Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik, yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama sebagai isteri.

ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang tidak diingini.

iii) Adil dalam giliran.
Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan 'hubungan seks' dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri.

Hal ini diterangkan Allah dengan firman-Nya;
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Al-Qur'an, Surah ar-Ruum ayat 21)

Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya.

Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."
c) Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan serta kasih sayang yang adil dari seorang ayah.
Oleh itu, disyaratkan agar setiap suami yang berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak si anu dengan anak si anu. Berlaku adil dalam soal nafkah anak-anak mestilah diperhatikan bahawa nafkah anak yang masih kecil berbeza dengan anak yang sudah besar. Anak-anak perempuan berbeza pula dengan anak-anak lelaki. Tidak kira dari ibu yang mana, kesemuanya mereka berhak memiliki kasih sayang serta perhatian yang seksama dari bapa mereka. Jangan sampai mereka diterlantarkan kerana kecenderungan si bapa pada salah seorang isteri serta anak-anaknya sahaja.



Keadilan juga sangat dituntut oleh Islam agar dengan demikian si suami terpelihara dari sikap curang yang dapat merosakkan rumahtangganya. Seterusnya, diharapkan pula dapat memelihara dari terjadinya cerai-berai di antara anak-anak serta menghindarkan rasa dendam di antara sesama isteri.
Sesungguhnya kalau diperhatikan tuntutan syarak dalam hal menegakkan keadilan antara para isteri, nyatalah bahawa sukar sekali didapati orang yang sanggup menegakkan keadilan itu dengan sewajarnya.
Bersikap adil dalam hal-hal menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadapisteri-isteri, adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Walau bagaimanapun, ia termasuk perkara yang berada dalam kemampuan manusia. Lain halnya dengan berlaku adil dalam soal kasih sayang, kecenderungan hati dan perkara-perkara yang manusia tidak berkesanggupan melakukannya, mengikut tabiat semulajadi manusia.


Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah an-Nisak ayat 129 yang berbunyi;


"Dan kamu tidak sekali-kali akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang)."


Selanjutnya Siti 'Aisyah (r.a.) menerangkan, maksudnya;
Bahawa Rasulullah (s.a.w.) selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara isteri-isterinya. Dan beliau berkata dalam doanya: "Ya Allah, inilah kemampuanku membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku."


Menurut Prof. Dr. Syeikh Mahmoud Syaltout; "Keadilan yang dijadikan syarat diperbolehkan poligami berdasarkan ayat 3 Surah an-Nisak. Kemudian pada ayat 129 Surah an-Nisak pula menyatakan bahawa keadilan itu tidak mungkin dapat dipenuhi atau dilakukan. Sebenamya yang dimaksudkan oleh kedua ayat di atas ialah keadilan yang dikehendaki itu bukanlah keadilan yang menyempitkan dada kamu sehingga kamu merasakan keberatan yang sangat terhadap poligami yang dihalalkan oleh Allah. Hanya saja yang dikehendaki ialah jangan sampai kamu cenderung sepenuh-penuhnya kepada salah seorang sahaja di antara para isteri kamu itu, lalu kamu tinggalkan yang lain seperti tergantung-gantung."


Kemudian Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shidieqy pula menerangkan; "Orang yang boleh beristeri dua ialah yang percaya benar akan dirinya dapat berlaku adil, yang sedikit pun tidak akan ada keraguannya. Jika dia ragu, cukuplah seorang sahaja."


"Adil yang dimaksudkan di sini ialah 'kecondongan hati'. Dan ini tentu amat sulit untuk dilakukan, sehingga poligami adalah suatu hal yang sukar untuk dicapai. Jelasnya, poligami itu diperbolehkan secara darurat bagi orang yang benar-benar percaya dapat berlaku adil."


Selanjutnya beliau menegaskan, jangan sampai si suami membiarkan salah seorang isterinya terkatung-katung, digantung tak bertali. Hendaklah disingkirkan sikap condong kepada salah seorang isteri yang menyebabkan seorang lagi kecewa. Adapun condong yang dimaafkan hanyalah condong yang tidak dapat dilepaskan oleh setiap individu darinya, iaitu condong hati kepada salah seorangnya yang tidak membawa kepada mengurangkan hak yang seorang lagi.
Afif Ab. Fattah Tabbarah dalam bukunya Ruhuddinil Islami mengatakan; "Makna adil di dalam ayat tersebut ialah persamaan; yang dikehendaki ialah persamaan dalam hal pergaulan yang bersifat lahir seperti memberi nafkah, tempat tinggal, tempat tidur, dan layanan yang baik, juga dalam hal menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri."


4. Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak. Jadi, suami mesti yakin bahawa perkahwinannya yang baru ini tidak akan menjejaskan serta merosakkan kehidupan isteri serta anak-anaknya. Kerana, diperbolehkan poligami dalam Islam adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Jika kepentingan ini tidak dapat dijaga dengan baik, maka seseorang yang berpoligami pada saat itu adalah berdosa.


5. Berkuasa menanggung nafkah. Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;


"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."


Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya. Oleh itu, untuk menahan nafsu seksnya, dianjurkan agar berpuasa. Jadi, kalau seorang isteri saja sudah kepayahan untuk memberi nafkah, sudah tentulah Islam melarang orang yang demikian itu berpoligami. Memberi nafkah kepada isteri adalah wajib sebaik sahaja berlakunya suatu perkahwinan, ketika suami telah memiliki isteri secara mutlak. Begitu juga si isteri wajib mematuhi serta memberikan perkhidmatan yang diperlukan dalam pergaulan sehari-hari.


Kesimpulan dari maksud kemampuan secara zahir ialah;
i) Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.
ii) Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.
iii) Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan sebagainya.
iv) Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan ia gagal memenuhi tuntutan nafkah zahir yang lain.
v) Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.
 

KENAPA SAYA BUKAN LELAKI??

Ketika kecil aku sering tertanya-tanya...kenapa aku tidak dijadikan oleh ALLAH sebagai budak lelaki?? ya..budak lelaki yang seperti gambar di atas itu?

budak lelaki yang boleh berbuat apa sahaja..... mak sering pesan... jangan buat tu..jangan buat ini... balik lambat tak boleh...main itu tak boleh...jaga batas dengan lelaki....sebab apa? sebab kamu bukan budak lelaki.... kenapa..? kenapa? aku jadi terfikir-fikir sendiri...kenapa ya ALLAH?? Dan apabila aku makin meningkat dewasa...aku mulai belajar dan mengerti kenapa ALLAH menciptakan aku sebagai hambanya yang bergelar perempuan.... kerana....aku mulai mengerti terdapat 41 kelebihan aku menjadi wanita  


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Thursday, March 8, 2012

MY BEST PICTURE COLLECTION

Pagi ni aku  xdek apa2 entri baguspon untuk dientrikan buat korang semua... tapi aku nak share koleksi2 gambar yang aku suka.... gambar yang diambil oleh jurukamera amatur dan aku sendiri..hahahaa...lets check it out bebeh....

Hahaahahaa....unik?? inilah hasil sentuhan member aku   NONI  .... masa ni kitorang  pergi pusing2 UUM, dan singgah kat DMAS (dewan utama UUM) ...

Ini pulak masa kitorang buat program khidmat masyarakat dengan kampung siputeh, Jitra,Kedah... hahahaa  tukang amik gambar time ni adalah ALIF coursemate aku... hohoho..biarpun korang kata x cantik tapi ini adalah koleksi gambar terbaik aku....

Hahaahaa.... tu dia cik Pija kita posing.... haahaha...gambar ni jugak diambil oleh NONI pada hari yang sama kami pergi pusing UUM, gambar ni menghadap ke tasik UUM... walaupun UUM disingkir sebab hutan tapi percayalah kehijauan UUM mendamaikan..perghhh........

Ni lak gambar kawan2 ko-k aku.... akupun tak pasti gambar ni diambil oleh sape.... oleh EIJAL RAHIM pengarah projek kitorang ataupun oleh AIN NABILA.. but aku suka gambar ni beb..terbaekk.....

Hahaahaaaha.... WINDA memang pandai ambil gambar... ni gambar  masa kitorang pergi program baktisiswa dekat felda bukit tangga... comel sangat budak2 felda yang tengah tarik coursemate kitorang si AZMI ni...

Last one... hahaaha... ini adalah ga,mbar yang diambil oleh aku sendiri.. kenapa tak percaya ke? akupun boleh jadi photographer apa? ahahhaa....orang2 dalam gambar tu adalah anak2 sedara dan adik aku, masa ni kitorang p ronda2 kampung...sambil tu tangkap gambar..tak sangka pulak..cantik macam ni..humang aihh............

Tuesday, March 6, 2012

JAWAPAN USTAZ TENTANG FESYEN BERSANGGUL TINGGI


SUMBER: Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal


 Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.
Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

Wednesday, February 22, 2012

KISAH SEORANG DOKTOR


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..

apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
... ... ... ... ...
"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??
kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??
kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

"sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?!
kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??
kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??
kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :
" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci
" drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..
doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..
Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!"
kata si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..
x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. "

alhamdulillah..anak anda selamat..!"

dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah

"kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor tu sombong sangat..?!
x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!
"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
"anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.
Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya..

" Moral : Never judge anyone because you never know how their life is & what they're going through..."

ANUGERAH CINTA BRISBANE (BAB 1)



Satu

Amir Ikhwan menanggalkan songkok di kepalanya lalu diletakkan ke atas meja. Kemudian dia menghampiri Nurul Hani yang sedang duduk di birai katil, gadis itu berpakaian pengantin rona merah jambu lembut dengan sulaman putih dan juga tudung kepala dan veil dari warna yang senada, sama juga dengannya yang turut berbaju melayu dari rona yang sama.

Malam semalam mereka telah sah diijabkabulkan dan petang tadi pula majlis persandingan serba ringkas untuk mereka berdua. Ayahnya Hj.Rashid adalah orang yang paling bahagia apabila dapat melihat dia disandingkan bersama Nurul Hani yang baginya langsung tak sepadan dengannya malah dia tak cintakan Nurul Hani walaupun sekelumit.

Nurul Hani malu untuk memandang Amir Ikhwan yang telah sah menjadi suaminya, dia masih ingat kali pertama dia melihat Amir Ikhwan adalah ketika pemuda itu berpindah ke sebelah rumahnya. Masa itu umur mereka baru sekitar 10 tahun tetapi Amir Ikhwan jauh lebih pandai darinya dan sekarang sedang menuntut di tahun akhir di sebuah universiti di Australia. Keadaan ini membuatkan mereka jarang sekali bertemu apa lagi untuk berbual sedangkan dia hanya lepasan dari universiti tempatan dan masih belum memperoleh pekerjaan tetap.

“Heh, aku nak kau dengar sini” Amir Ikhwan duduk di sebelah Nurul Hani.

“Ya abang?” Nurul Hani merenung wajah Amir Ikhwan.

“Eh, gelilah…kau tak payahlah nak berabang -abang dengan aku sangatlah! Panggil aku Amir je lagipun kau dengan aku sebaya kan?” Soal Amir Ikhwan. Wajah Nurul Hani berubah riak tapi dia cuba mengawal perasaannya sendiri walau dalam hati dia mulai merasakan sesuatu yang tidak kena.

          “Ba...baik Amir” Jawabnya sambil menunduk dan tidak lagi merenung Amir Ikhwan.

          “Aku nak bagitahu kau yang aku langsung tak cintakan kau. Aku terpaksa terima kau jadi isteri aku… kau ingat aku sukakan kau? Kau ingat kau layak untuk aku?” Amir Ikhwan bersuara perlahan tetapi tegas.

          “Amir...Amir cakap apa ni?” Soal Nurul Hani, dia tidak mengerti tentang apa yang diperkatakan oleh Amir Ikhwan.

          “Aku nak kau tahu yang kau tak layak jadi isteri aku…dahlah kolot…tak cantik pula tu, dengan tudung kepala macam ni macam ni, selekeh gila kau ni. Heh kau tahu tak aku dipaksa menikah dengan kau!” Kata Amir Ikhwan serius.

          “Amir…saya sedar saya tak cantik…tapi berdosa ke bila saya bertudung? Agama kita islam Amir dan Islam menuntut…menuntut Amir! Menuntut muslimatnya menutup aurat…” Air mata Nurul Hani mulai menitik di pipinya, impian bahagia yang diimpikan sebelum menjadi isteri kepada lelaki itu hancur berkecai ketika itu juga.

          “Eh, kau tak payahlah nak bercakap soal dosa pahala pula dengan aku” Bidas Amir Ikhwan.

          “Agshtafirullahalazim Amir…” Nurul Hani terkelu

          “Kau tak payah nak membebel bab agama sangatlah dengan aku. Aku juga nak bagitahu kau yang sampai Brisbane nanti, pandai-pandailah kau hidup, aku akan gantung pernikahan kita ni sampai bapak aku tu……mati! Lepas tu aku akan lepaskan kau dan kau boleh bebas” Kata Amir Ikhwan.

Nurul Hani mulai menangis dan dia mulai sedikit teresak tapi cuba ditahannya agar bunyi tangisan dan pertengkaran itu tidak sampai kedengaran di luar.

          “Kenapa awak terima saya jadi isteri awak kalau awak nak seksa hidup saya macam ni Amir?” Soal Nurul Hani berani.

          “Sebab aku benci kau! Look at you Hani!  kau ingat aku suka perempuan kampung yang kolot macam kau ni hah? Aku marahkan bapak aku yang suka-suka menjodohkan aku dengan perempuan yang langsung tak layak untuk aku!” Kata Amir Ikhwan sombong sambil bangun menanggalkan pakaian pengantin di tubuhnya dan menggantikannya dengan seluar pendek dan t-shirt putih sahaja. Nurul Hani diam dan hanya menangis

          “For your information Hani, I will never touch you...never…” Amir Ikhwan terus membaringkan tubuhnya di atas katil itu dan memejam matanya rapat.

Nurul Hani tidak memandang Amir Ikhwan yang sedang berbaring di sebelahnya sebaliknya dia hanya menangis. Dia teringat suatu petang ketika dia pulang dari mengajar tuisyen untuk kanak-kanak di kampungnya di surau lama, adik bongsunya datang menerpa ke arahnya dalam wajah mengusik.

          “Akak tahu tak, ada jiran kita baru sampai dari oversea” Kata Nurul Huda dalam sengihan mengusik.

          “Jiran?” Soal Nurul Hani pura-pura tidak tahu.

“Abang Amir yang akak syok sangat tu…”

“Syssttt…Jangan cakap bukan-bukanlah nanti mak dengar” Nurul Hani segera memekup mulut Nurul Huda, adiknya itu pecah ketawa sambil cuba membuang tangan yang menutup mulutnya. Nurul Hani hanya tersenyum, malu sendiri tapi hatinya merasa teruja juga dengan berita itu. Seingatnya sejak Amir pergi menyambungkan pelajaran di Brisbane, Australia sudah hampir tiga tahun lelaki itu tidak pulang ke kampung. Hanya padanya dan Nurul Huda sahajalah Hj.Rashid dan isteri memberikan kasih.

          “Apa yang kau menangis lagi..boleh padam lampu tak aku nak tidur!”

Nurul Hani tersentak dari lamunan bila disergah Amir, perlahan diseka air matanya lalu dia bangun menanggalkan tudung kepalanya dan memadamkan lampu bilik tidur mereka. Dalam samar-samar cahaya lampu dari ruang tamu dia berjalan ke tepi dinding lalu duduk menangis disitu.

          Pagi yang cerah, Amir Ikhwan terjaga dari tidurnya, dia menggeliat lalu bangun dan memandang sekeliling bilik tidur itu, Nurul Hani telah tiada di dalam bilik itu. Segera dia bangun untuk menyucikan diri dan kemudiannya setelah selesai segalanya dia turun ke dapur dan dilihatnya ibu dan ayahnya sedang menikmati sarapan pagi.

          “Selamat pagi bu..ayah” Sapa Amir Ikhwan sambil menarik kerusi dan duduk menghadap ibunya.

          “Lewat pengantin bangun..nyenyak sangat ke tidur semalam?” Soal Hajah Fatimah mengusik. Amir Ikhwan tersenyum sahaja sambil mengambil kuih koci dan membuka pembalut daun pisang itu.

          “Beli kat mana ni bu?” Soal Amir sambil menikmati kuih itu

          “Eh, ditanya kita beli kat mana. Hani yang buatkan, pagi-pagi lagi dia bangun buatkan semua sarapan ni” Beritahu Hajah Fatimah dalam senyuman. Amir Ikhwan mengangguk dan terus menikmati kuih itu.

          “Amir, ayah ada benda nak cakap sikit dengan Amir tapi petang nantilah kita sembang” Kata Hj.Rashid sambil menghirup kopi.

          “Penting ke? Kenapa tak sekarang je?” Soal Amir Ikhwan.

          “Alah, antara lelaki ke lelaki” Hj.Rashid tersenyum dan memandang Nurul Hani yang baru muncul dari bahagian dapur basah dengan menatang tumis ikan bilis.

          “Hani dah panaskan balik tumis ikan bilis ni, maaf lambat” Perlahan Nurul Hani duduk di sebelah Hajah Fatimah, keadaan itu membuatkan Hajah Fatimah dan Hj.Rashid kehairanan kerana pasangan pengantin baru itu masih kekok sesama sendiri.

          “Tak apa Hani, buat susah-susah je Hani buat sarapan banyak-banyak macam ni. Nanti kuih ni, bagi dekat rumah mak Hani sama, kita kongsi-kongsi” Kata Hajah Fatimah

          “Baik ibu, Amir nak nasi lemak? Hani sediakan?” Nurul Hani memandang Amir Ikhwan yang seolah meluat mahu memandangnya.

          “Tengok ni bang haji budak berdua ni? malu-malu pula...kenapa panggil nama, tak sedap dengarnya, kan mesra kalau panggil abang” Kata Hajah Fatimah sambil memberikan nasi lemak buatan menantunya kepada suaminya. Hj.Rashid hanya tersenyum sahaja, geli hati dengan kerenah malu-malu anak menantunya itu.

          “Err..ab..abang nak nasi lemak ni?” Soal Nurul Hani cuba membetulkan keadaan.

`         “Boleh juga..” Amir Ikhwan mengangguk, matanya bertentangan dengan Nurul Hani tapi gadis itu pantas mengelak dan berpura-pura membetulkan cekak rambut yang dipakainya kemudian terus menyendukkan nasi.

          Nurul Huda sedang mengemas rumah ketika pintu rumah itu diketuk, apabila pintu dibuka Nurul Hani tercegat sambil menatang bekas berisi beberapa biji kuih koci.

          “Ahaa...pengantin baru kita!” Usik Nurul Huda sambil mengajak kakaknya itu masuk ke dalam rumah.

          “Ish…ni ada kuih koci sikit…akak buatkan untuk sarapan tadi” Nurul Hani memberikan bekas itu pada Nurul Huda.

          “Mak mana?” Nurul Hani mencari-cari ibunya

          “Mak keluar cari benang dekat kedai Uncle Rajan, kejap lagi baliklah tu. Macamana malam pertama dengan abang Amir kak?” Soal Nurul Huda. Nurul Hani mengerutkan keningnya pada Syuhada, terkejut dengan soalan dari adik bongsunya.

          “Apalah budak-budak tanya soalan macam tu?” Kata Nurul Hani

          “Alah, nak tahu je sebab akak dengan abang Amir bukan pernah sembangpun” Kata Nurul Huda dalam senyuman lebar. Nurul Hani merenung adiknya itu, ingin sahaja diberitahu pada si adik yang malamnya tidak seindah pengantin lain.

          “Alhamdulillah” Jawabnya.

          “Mesti akak dengan Abang Amir tak tidur sampai ke pagikan?” Soal Nurul Huda.

          “Eh, akak tidurlah” Kata Nurul Hani.

          “Kalau tidur takkan mata ni bengkak?” Soal Nurul Huda. Nurul Hani meraba-raba matanya, nampak sangatkah matanya yang bengkak dek kerana menangis malam tadi?

          “Ya, tidur lewat….sembang dengan dia” Kata Nurul Hani.

          “Ceh..ceh…akak sembang apa? Ceritalah…” Nurul Huda memegang lengan Nurul Hani.

          “Berkenalan…..” Kata Nurul Hani.

          “Eee…comelnya, padahal rumah dekat je tapi baru nak berkenalan” Kata Nurul Huda. Nurul Hani hanya ketawa kecil walau dalam hatinya pedih mengingatkan sesi perkenalannya dengan Amir Ikhwan malam tadi.

          “Ishh..tak sabarnya Huda nak dapat anak saudara…” Kata Nurul Huda.

          “Ish, merepeklah Huda ni..makin dilayan makin menjadi pula. Hey, tak elok tau anak dara sunti macam awak ni sembang benda-benda macam ni” Nurul Hani menggelengkan kepalanya.

          “Apa yang merepeknya?” Soal Nurul Huda.

          “Tadi tu…” Nurul Hani mengertap bibirnya.

`         “Ish, kenapa akak tak nak ke anak seawal ni? Anak tu penambah rezeki kak” Nurul Huda lagi.

“Nurul Huda….”  Nurul Hani menegur dalam senyuman. Nurul Huda hanya tersengih-sengih, mengalah untuk tidak mengusik kakaknya itu lagi. .

          “Ni, kenapa abang Amir tak ikut sekali kak?” Soal Nurul Huda.

          “Dia keluar jumpa kawan dia” Kata Nurul Hani.

          “Oh” Nurul Huda menganggukkan kepalanya kemudian dipandang kakaknya yang sedang menyapu meja kopi perlahan.

“Akak…”

“Em?”

Bestlah akak nanti ya dapat tinggal dekat Australia tu. Lagi dua minggu je adik nak manja-manja dengan akak, mengusik akak. Lepas tu kita semua kat sini akan rindukan akak sebab bila akak dah pergi sana, entah bila pula akak nak balik Malaysia ni” Kata Nurul Huda. Entah kenapa, apabila mendengar kata-kata adiknya ketika itu tak semena-mena air mata Nurul Hani mengalir di pipi, dia memikirkan bagaimana dia mahu hidup sendiri di tempat asing baginya itu, kata-kata Amir Ikhwan malam tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

          “Akak ni, kan lambat lagi nak ke Australia..dua minggu lagi kak, kenapa akak nangis pula?” Nurul Huda mengerutkan dahinya hairan.

          “Akak takut akak rindukan Huda dan mak” Nurul Hani cuba ketawa sambil menyeka air matanya.

          “Abang Amirkan ada, dia akan jaga akak..percayalah” Nurul Huda memegang tangan Nurul Hani.

          “InsyaALLAH” Nurul Hani mengangguk sahaja

          “Assalamualaikum”

          “Walaikumussalam” Jawab Nurul Huda dan Nurul Hani serentak

          “Tu mak dah balik kak” Kata Nurul Huda. Nurul Hani segera menyapu saki baki air matanya dan menunggu ibunya naik ke atas rumah dalam senyuman lebar, cuba memberikan wajah seceria mungkin pada si ibu.

          Petang itu, Hj.Rashid duduk melepaskan mengah di bangsal kayu yang tersedia di kebun durian mereka, dia melihat anak lelakinya yang sedang berjalan ke arahnya sambil membimbit dua biji durian.

          “Dapat dua ni ayah” Amir Ikhwan meletakkan buah durian itu ke dalam raga motosikal kemudian menghampiri Hj.Rashid yang sedang menyeka peluh dengan tuala good morning.

          “Eloklah tu, Hani isteri kamu tu suka makan durian ni. Dulu, kalau musim durian macam-macam dia buat, pulut durianlah, lepas tu yang tengah popular sekarang ni durian crepe?” Kata Hj.Rashid. Amir menggarukan kepalanya yang tak gatal kemudian duduk di sebelah Hj.Rashid, ayahnya masih tidak habis-habis memuji Nurul Hani, naik bosan dan meluat dia mendengar segala cerita dan pujian kepada gadis kampung itu.

          “Apa yang ayah nak cakapkan dengan Amir?” Soal Amir Ikhwan.

          “Ayah nak cakap soal perkahwinan kamu dengan Hani, ayah tahu kamu terpaksa terima dia sebab ayah…sebab ibu kamu” Kata Hj.Rashid. Amir Ikhwan hanya diam sahaja, jika ayahnya sudah tahu kenapa masih mahu bercerita lagi. Semua itu hanya menambahkan rasa sakit di hatinya.

          “Ayah buat semua ni untuk kebaikan kamu Amir, untuk masa depan kamu. Sebenarnya, bukan sebab penyakit jantung ayah nipun, ayah memang dah tak ada harapan untuk hidup lama lagi tapi sebelum ayah menutup mata, ayah nak kamu berubah Mir” Kata Hj.Rashid serius.

          “Apa maksud ayah?” Soal Amir Ikhwan.

          “Ayah tahu kau dah jauh tinggalkan agama, kau dah tak solat, tak puasa..kau dah lupa dosa dan pahala…kau halalkan yang haram..Allahuakhbar Amir….” Air jernih bergenang di birai mata Hj.Rashid.

Amir Ikhwan terdiam, tidak mampu untuk berkata apa-apa. Tidak disangka olehnya kedua ibubapanya mengetahui segala perbuatannya. Antara mereka dua beranak diam, hanya terdengar keluhan berat daripada Hj.Rashid.

          “Ayah tak tahu Mir, ayah buntu..apa dosa ayah sehingga kau jauh hanyut macam ni? Ayah besarkan kau dengan didikan agama, kau bukan tidak berlajar hukum hakam tapi apa yang kau cari lagi dalam hidup ni Amir” Kata Hj.Rashid.

Amir Ikhwan hanya diam, dia tidak berminat untuk mendengar kisah tentang dosa dan pahala.

          “Jadi ayah pilihkan Nurul Hani untuk bawa kamu kembali ke jalan ALLAH… ayah tahu kamu ada pilihan hati kamu sendiri tapi percayalah…pasangan kamu itu juga perlu dibimbing seperti kamu” Kata Hj.Rashid. Amir Ikhwan hanya diam, hanya rahangnya yang bergerak-gerak.

“Nurul Hani memang tak secantik pilihan hati kau, tapi ilmu agamanya cukup Amir….dia dapat membantu kau kembali pada ALLAH Taala” Sambung Hj.Rashid lagi. Amir terus diam, mindanya hanya terbayangkan Nurul Hani dan rasa amarah yang membuak-buak di dalam dadanya.

          “Ayah sentiasa mendoakan kebahagian kamu berdua, ayah tahu ayah dah buat pilihan yang terbaik untuk kau, Jadi, ayah minta sangat pada kau Mir tolong bahagiakan Hani…” Pinta Hj.Rashid. Amir Ikhwan berpaling merenung ayahnya yang sedang mengurut dada.

          Nurul Hani baru sahaja ingin memakai telekung sembahyang ketika Amir Ikhwan masuk sambil mengatup pintu bilik mereka kasar. Nurul Hani agak tersentak dengan tindakan kasar lelaki itu.

          “Kenapa kau terima lamaran bapak aku?” Soal Amir Ikhwan serius

          “Ke..kena..kenapa?” Soal Nurul Hani tidak mengerti/

          “Kau nak perli akukan? Aku tahulah kau tahu ilmu agama, kau sekolah agama, kau pernah jadi qariah wakil daerah kita ni, kau jadi cikgu tuisyen, kau jadi ustazah ajar budak-budak mengaji tapi kau tak berhak untuk berpakat dengan ayah aku untuk kenakan aku!” Bentak Amir Ikhwan.

          “Awak cakap apa ni Amir?” Soal Nurul Hani

          “Hey perempuan kau tak payah nak berlagak innocent sangatlah. Kau tahu aku tak solat..aku tak puasa..aku minum..aku…kau tahu semua tu kan! Sebab tulah kau berpakat dengan ayah aku untuk menjahanamkan aku…kononnya…nak ubah akulah…nak bawa aku kembali ke pangkal jalanlah!” Kata Amir Ikhwan kasar.

          “Agshtafirullahalazim..awak buat semua tu Amir..?” Nurul Hani begitu terkejut, terasa mengigil tangannya apabila mendengar pengakuan sebegitu dari Amir Ikhwan.

          “Eh sudahlah dengan lakonan kau! Untuk pengetahuan kau…aku cukup bahagia dengan hidup aku sekarang! Aku bahagia hidup macam ni” Kata Amir Ikhwan.

          “Allahuakhbar Amir..awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni… mengucap Amir!” Nurul Hani merenung Amir Ikhwan dalam wajah yang serius.

          “Kau tak payahlah nak ubah-ubah cara hidup aku. Balik saja Australia, aku dengan hidup aku dan kau dengan hidup kau! Orang tua tu mati je, aku akan lepaskan kau… kau pergilah cari orang lain untuk kau ubah masuk syurga sama-sama dengan kau!” Kata Amir Ikhwan.

          “Amir…” Nurul Hani memejam mata kemudian membukanya bersama linangan air mata.

          “Lagi satu, kau bukan tuhan yang mampu ubah hidup aku dan kau juga bukan malaikat yang senang-senang nak menilai dosa dan pahala aku!” Kata Amir Ikhwan serius, kemudian terus berlalu sambil mencapai tuala mandi. Nurul Hani terduduk di atas katil, dia menangis teresak-esak. Saat itu dia teringatkan peristiwa di suatu petang.

          “Kakak..kakak…”Nurul Huda datang memanggilnya yang sedang memberi itik-itik belaan ibunya makan.

          “Apa dia?” Nurul Hani berpaling memandang adiknya.

          “Pak haji dan Mak haji datang merisik akak untuk abang Amir! Serius akak…” Kata Nurul Huda teruja.

          “Jangan nak main-mainlah Huda benda-benda macam ni, akak tak ada masa nak melayan Huda gurau tahu” Tegur Nurul Hani.

          “Demi ALLAH, adik tak usik akak…adik curi-curi dengar..err maksud adik, adik terdengar perbualan mak dengan pak haji dan mak haji kat luar tu, mereka memang datang risik kakak” Kata Nurul Huda serius. Perlahan Nurul Hani meletakkan bekas dedak apabila melihat Nurul Huda yang serius, dadanya mulai berdebar sendiri. Seketika ibu mereka menjengah pintu dapur.

          “Hani, naik sekejap nak. pak haji dan mak haji nak jumpa ni” Panggil Saidah dalam senyuman lebar.

          “Hah, sekarang percaya tak?” Nurul Huda mulai tersengih sambil memandang Nurul Hani yang sudah merah wajahnya menahan debaran di dadanya.

          “Mungkin hal lainlah, akakkan selalu tolong mak haji ambil upah buat bahulu. Lagipun tak akan Amir mahukan akak yang tak cantik ni, belajarpun tak tinggi macam dia, kerjapun tak ada” Kata Nurul Hani sambil membasuh tangannya dan kemudian berjalan menuju ke pintu dapur.

          “Tapi akak dah lama sukakan abang Amirkan? Lagipun kenapa akak nak rasa rendah diri sangat? Akak kenalah percaya yang cinta tukan anugerah ALLAH.” Kata Nurul Huda sambil mengekor Nurul Hani.

          “Ish, pandailah kalau bercakap tu. Huda ni budak kecik lagi, jadi baik fokuskan pada SPM nanti kan bagus?” Kata Nurul Hani seraya mencapai tudung yang tersangkut di paku di dapur dan terus dipakaikan ke kepalanya yang hanya berbalut anak tudung kemudian terus berjalan menuju ke ruang tamu. Nurul Huda hanya menurut saja dan turut menuju ke ruang tamu dalam perasaan ingin tahu.

          “Assalamualaikum…mak haji..pak haji” Sapa Nurul Hani sambil menyalami tangan Hajah Fatimah kemudian duduk di sebelah ibunya.

          “Waalaikumussalam” Jawab Hj.Rashid dan Hajah Fatimah serentak.

          “Pak cik dah betul-betul boleh berjalan jauh ke ni?” Soal Nurul Hani apabila melihat Hj.Rashid yang terbatuk kecil ketika itu. Lelaki tua itu baru saja keluar dari hospital akibat serangan sakit jantung secara tiba-tiba.

          “Jauh apanya, sebelah pagar je..tak sempat semputnya” Kata Hj.Rashid, mereka ketawa kecil.

“Hani, macam ni nak..pak cik dan mak cik datang ni ada hajat besar, memandangkan Amir masih lagi di kampung, kami datang mahu melamar Nurul Hani untuk dijadikan isteri kepada anak tunggal kami Ahmad Amir Ikhwan” Kata Hj.Rashid serius. Saidah dan Nurul Huda sudah tersenyum-senyum sendiri kecuali Nurul Hani yang masih terkejut.

          “Kami betul-betul mahukan Hani yang menjadi menantu kami. Memang rumah kita sebelah menyebelah saja sampaikan kamu dua beradik inipun dah macam anak kami cumanya kami tak mahu hubungan ni terputus macam ni saja bila kami dah tak ada lagi di dunia ni. Amir pula entah akan tinggal di Malaysia entahkan tidak. Jadi, kalau boleh kami mahu kekalkan silaturahim keluarga kita ni dengan menjodohkan Amir dan Hani” Kata Hajah Fatimah

          “Err…mmm..” Nurul Hani kelu, tidak mampu bersuara.

          “Hani fikir baik-baik, mak turutkan saja” Kata Saidah seraya memegang tangan anak sulungnya itu.

          “Anggaplah ni permintaan terakhir pak cik nak sebelum pak cik tutup mata, maklumlah penyakit macam pak cik ni bila-bila masa je boleh pergi” Kata Hj.Rashid sambil ketawa.

          “Eh, pak cik haji janganlah cakap macam tu, insyaALLAH pak cik, mak cik kalau kuat jodoh antara kami tapi macamana dengan Amir? dia setuju ke nak menikah? Dengan Hani pula tu?” Soal Nurul Hani tenang.

Hj.Rashid memandang Hajah Fatimah kemudian memandang Nurul Hani sambil mengangguk dan tersenyum. Nurul Hani berpaling memandang ibunya.

          “Mak dah cakap, mak tidak kisah apa jua keputusan Hani..ini masa depan hidup Hani” Kata Saidah

          “Hani tak boleh bagi jawapan sekarang, dalam sehari dua Hani fikirkan. Biar Hani buat solat sunat istikharah kalau sudah ditetapkan Amir jodoh Hani, Hani terima seikhlas hati” Kata Nurul Hani. Hj.Rashid dan Hajah Fatimah tersenyum, tenang sekali apabila mendengar jawapan dari gadis itu.