Bulan's connection

Monday, March 19, 2012

KENAPA KUBUR PEREMPUAN LEBIH DALAM DARI KUBUR LELAKI?


Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ye sayang. Nak tanya apa? 

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali sedalam 7 kaki? 

Suami : Ooo... InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita. 

Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.


*Via blog popular*

Friday, March 16, 2012

AWAS!! KEPAK AYAM BAHAYA PD PEREMPUAN

Uuuuu kepak ayam bahaya pada perempuan??? macamana ni? aku adalah salah seorang penggemar kepak ayam... sebab sedap..ehhehee...kalo beli nasik mesti nk bahagian kepak...kalo p nasik kandarpom mintak kepak jugak... tapi kenapa kepak ayam ni bahaya pada perempuan pulak??? Secara saintifiknya, daging ayam ni mempunyai jumlah kolestrol yang tinggi untuk tubuh manusia. Tetapi menurut pandangan agama Islam, daging ayam dapat memberikan banyak khasiat jika kita menjadikannya sebagai salah satu menu dalam pemakanan kita. Menurut Islam, dengan memakan daging ayam, ia dapat memudahkan penghadaman serta membetulkan imbangan cecair dalam tubuh badan, bahkan baik untuk otak dan badan serta boleh mencantikkan rupa paras...bagaimanapun..tahukah anda semua bahawa ayam juga dapat memudaratkan diri kita terutamanya bagi golongan perempuan?
Menurut satu kajian, ayam yang diternak pada hari ini telah disuntik dengan cecair steroid bagi mempercepatkan pertumbuhan supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakan ayam dalam masakan.
Kebiasaannya, para penternak akan menyuntik cecair steroid di bahagian leher dan kepak ayam kerana di bahagian itu wujudnya kepekatan steroid yang tinggi yang sudah sedia ada.
Oleh sebab tindak balas steroid yang cepat selepas proses penyuntikan, ayam akan melalui proses tumbesaran dengan cepat dan boleh memenuhi kuantiti jualan yang banyak di pasaran.
Ramai yang diluar sana amat menggemari ayam lebih-lebih lagi di bahagian kepak kerana isinya yang lembut dan mudah untuk dikunyah.
Tetapi, pada hakikatnya, bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang perempuan kerana steroid yang disuntik itu boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman atau dipanggil sista (cyst).
Apabila seseorang perempuan itu menghidapai pertumbuhan sista, sista yang terdapat di dalam tubuh badan akan menjadi semakin besar kerana dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Jika pesakit menghadapi sista, ketumbuhan itu dapat dikeluarkan melalui pembedahan, tetapi ketumbuhan sista akan kembali ada sekiranya pesakit itu mengamalkan semula tabiat memakan kepak ayam.
Malah, ia mempunyai kesan yang lebih bahaya terhadap hormon perempuan kerana steroid akan lebih bergerak aktif dalam membentuk ketumbuhan sista dalam tubuh perempuan.
Tak salah untuk kita makan ayam tetapi, eloklah dikurangkan supaya penyakit yang serius dapat dielakkan. Bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada golongan perempuan, seharusnya elok juga dielakkan untuk golongan lelaki. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.
credit to :mynewshub


DIA KENA MAKAN 15 MINIT SEKALI

Uppss?? kena makan 15 minit sekali? tak penuh ke perut? tak takut gemok ke?? 15 minit sekali? mesti susah nak bernafas sebab perut dah tak ada ruang untuk udara...15 minit sekali? biar betul??
Memang betol...inilah yang terjadi kepada Lizzie Velasquez yang hanya seberat 25 KG! anoreksia nervosa? bukan..dia bukan penghidap anoreksia..dia bukan seorang yang obses untuk kurus tetapi beliau dipercayai menghidap penyakit Neonatal Progeroid Syndrome(NPS) iaitu sindrom yang menyebabkan kehilangan lemak2 daripada tubuhnya, kemerosotan tisu dan proses penuaan yang terlalu cepat berbanding usianya...


Lihatlah makanan yang memenuhi meja itu, itu semua adalah makanan yang dimakan oleh Lizzie untuk membekalkan tenaga kepada badannya setiap 15 minit sekali!.. tak kisah juga apa makanan sekalipun dan jumlah lemak dari makanan yang diambilnya pula 5k to 8k kalori yang mana jumlah sebanyak tu boleh buat gadis normal obesiti....

Bukan dia tidak mahu kelihatan berisi seperti kawan-kawannya ni, kalo dapat naik 1 pund pun Lizzie sudah melompat rian tetapi penyakitnya yang jarang-jarang ditemui ni membuatkan tubuhnya langsung tidak boleh menyimpan lemak.

Lihatlah baby tu lagi berisi darinya.....


SUKARNYA MENJADI MANUSIA GERGASI

Beberapa hari lalu aku ada terbaca beberapa artikel tentang manusia yang mempunyai ketinggian luar biasa..jadi aku tertarik untuk search gambar2 dorang kat google dan ni adalah apa yang aku dapat... jom baca....
1.SULTAN KOSEN 
Dilahirkan di Mardin, Turki, pada 10 Disember 1982, Kosen, adalah antara 12 individu dalam sejarah perubatan yang disahkan memiliki ketinggian 2.5 meter atau lebih dan mengatasi pemegang gelaran itu sebelum ini, Bao Xishun, yang memiliki ketinggian 2.36 m. Tidak cukup dengan itu, Kosen itu memilik tapak tangan terbesar di dunia yang berukuran 27.4 sentimeter!
Zaman kanak-kanaknya dalam keadaan normal seperti juga rakan sebayanya. Namun biasa itu berubah menjadi luar biasa sebaik usianya mencecah 10 tahun. Luar biasa itu pula bertukar menjadi satu kejanggalan kepada dirinya dan lebih menambah perisa kepada keunikan itu ketika namanya, Sultan Kosen, 28, tercatat dalam Guiness Book of World Records sebagai lelaki tertinggi dunia bukan saja untuk tahun ini tetapi sejak 20 tahun lalu.
Kosen, tidak menghabiskan pendidikan kerana ketinggian itu dan bekerja separuh masa sebagai petani. Enggan membiarkan diri dibelenggu pelbagai perasaan kerana sedikit ganjil daripada orang lain, Kosen, gembira menikmati kehidupan biasa dan seronok bermain permainan komputer dengan rakan-rakannya.
Masalahnya ialah dia  sukar  untuk mencari pakaian dan kasut yang muat dengan saiz tubuhnya atau amat susah memasuki kereta biasa. Ditanya apakah harapannya selepas diberi gelaran itu secara rasmi, Kosen berkata: “Untuk melancong dan melihat dunia serta memiliki kereta yang sesuai dengan saiz saya! Impian terbesar saya ialah berkahwin dan mempunyai anak. Saya sedang mencari cinta.”
Kosen yang memiliki ketinggian 2.5 meter disahkan mengalami masalah ‘pituitary gigantism’ pada usia 10 tahun selepas doktor menemui tumor atau ketumbuhan di belakang matanya. Ketumbuhan itulah yang meletakkan tekanan berlebihan pada kelenjar pituatari dan menyebabkan ketinggian melampau. Dia menjalani beberapa siri pembedahan yang akhirnya berjaya menghentikan pertumbuhannya tahun lalu. Malangnya, kelebihan itu datang bersama pakej dalam bentuk masalah kesihatan. Ketika ketinggiannya boleh membuatkan ejen pencari bakat pemain bola keranjang teruja, Kosen sebenarnya menderita sakit lutut yang memerlukan dia menggunakan tongkat untuk hampir semua aktivitinya.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan kemiskinan keluarga Kosen yang bermakna dia tidak mampu menjalani fisioterapi dan tempat tinggal di kawasan terpencil di Turki yang memerlukan masa 17 jam untuk sampai menaiki kereta, lebih menyukarkan. Pengiktirafan Guinness World Record nyata memberi manfaat kepada Kosen kerana keistimewaan yang ditawarkan akhirnya membuatkan Kosen sedar ketinggiannya adalah sesuatu yang perlu diraikan, bukan memilih untuk meminggirkan diri.

2.ROBERT PERSHING WADLOW
Dia dilahirkan pada tahu 1918 dan memiliki ketinggian 2.72 meter, merupakan manusia kedua tertinggi di dunia pernah direkodkan malah mengalahkan ketinggian Sultan Kosen tadi. Rekod ini masih dipegang oleh mendiang Robert Pershing ni sehingga sekarang. Beliau meninggal dunia pada tahun 1940.
Robert Pershing dilahirkan di Alton, Illonois, dan telah diberikan gelaran sebagai gergasi Alton sempena nama kampung kelahirannya. Beliau mempunyai tangan paling besar dan lebar dalam sejarah hingga mampu menyembunyikan botol soda setinggi 2 liter dalam gengamannya......

3. JOHN WILLIAM "BUD" ROGAN
Rogan dari Tennessee, Amerika Syarikat (1868 hingga 1905 )ialah salah seorang daripada 12 individu dalam sejarah perubatan mencecah ketinggian 2.4 meter atau lebih. Rogan membesar pantas pada usia 13 tahun sehingga akhirnya dia tidak boleh berdiri atau berjalan. Ketinggian sebenarnya tidak diukur sehingga kematiannya. Ukuran yang diambil ketika dia duduk menunjukkan ketinggian 2.69 meter tetapi cuma seberat 79 kilogram, menjadikan dia lelaki Afrika-Amerika paling tinggi dan kedua paling tinggi pernah direkodkan.

4.LEONID IVANOVYCH STADYNK

Leonid terpaksa dibantu untuk mengayuh basikal lantaran ketinggiannya yang mencecag 2.57 meter...Dilahirkan pada 1971 di Ukraine, Stadnyk sebelum ini diiktiraf sebagai lelaki tertinggi dunia menurut Guinness World Records 2008 dengan ukuran 2.57 meter. Pembesarannya bermula selepas menjalani pembedahan otak ketika berusia 14 tahun. Dia mengalami tumor kelenjar pituatari yang menyebabkan kelenjar merembeskan sejumlah besar hormon pertumbuhan. Kira-kira 20 tahun selepas pembedahan itu, doktor menemui tumor yang hilang secara misteri dan kini dia adalah keadaan sihat.

Hummph..ini adalah mereka2 yang mempunyai ketinggian luar biasa...selain mereka ramai lagi yang mempunyai ketinggian seperti ini macam  Gabriel Estevao Monjane dan  Suleiman Ali Nashnush..nani korang boleh search ok pasal dorang ni... apapun tinggi atau rendah seseorang itu hanya pada fizikal semata-mata... ALLAH tidak memandang semua tu melainkan taqwa kepadaNYA.. enjoy read my entry....





Thursday, March 15, 2012

PHOTOGRAPHER BUNUH DIRI LEPAS AMBIL GAMBAR?

Apakah yang korang rasa bila tengok gambar kat atas ni??? kanak2 sedang tunduk dan seekor burung hering? bukan..kanak-kanak itu bukan sedang menunduk sebaliknya sedang merangkak untuk mencari makanan di kem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) dan kem itu pula terletak beberapa KM jauhnya dari tempat gambar ini diambil....gambar ini telah diambil oleh Kevin Carter di hadapan mata beliau sendiri pada tahun 1994 dan gambar ini telah memenangi anugerah the world famoust photo..wow..carter memang hebat dan beliau mengejutkan dunia dengan gambarnya ini...bagaimanapun beliau hanya mengambil gambar kanak-kanak tersebut tanpa mengambil tahu hal kanak-kanak tersebut yang bakal menjadi mangsa si Hering yang sedang menunggu untuk meratah daging kanak-kanak tersebut sekiranya kanak-kanak itu mati....beliau terus berlalu 
pergi setelah mengambil gambar kanak-kanak itu.
3 bulan kemudian, dunia dikejutkan dengan berita kematian Carter yang dikatakan telah membunuh dirinya sendiri..punca sebenar dikatakan berpunca daripada gambar ni... Carter dikatakan merasa depress sebab terlalu kasihankan kanak-kanak ni dan terlalu memikirkan kesilapannya yang tidak menolong kanak-kanak ni pada ketika waktu itu..... ........ 

OH..PENEMUAN MANUSIA GERGASI


Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?

Penemuan Arkeologi di Kota IramPada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)

Sumber : zharifalimin.blogspot

Tuesday, March 13, 2012

USTAZ AZHAR IDRUS DAN 26 SOALAN




Ada 26 soalan dalam sesi kuliah maghrib khas bersama Ustaz Azhar Idrus iaitu:

1. Boleh tak orang laki pakai perhiasan perempuan?

Orang laki-laki takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan contohnya. “Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan.” Sembahyang sah walaupun pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi) ditulis dosa.
Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):
BF: U malam-malam pakai baju apa?
GF: I malam-malam baju kelawar.
BF: I kelawar jugak.


2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan? 

- Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.

***Perumpamaan perempuan oleh UAI:
“Orang puang ni sama macam Lamborghini. Beli Lamborghini, gi Subang, tukar buh side mirror Kancil. Org tanya, “Guaner tukar side mirror buh Kancil?” “Nak bagi nampak lawo.” Takdok berlaku. Lamborghini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah.

Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta.” Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah.” Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu belum pakai baju perempuan.


3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat.

- Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.


4. Saya kije syarikat isteri saya. Gaji RM6000 sebulan. Tapi dia bagi RM3K je kat saya, RM3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut saya kawin sorang lagi. Apa hukum?

- Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.


5. Sorang mak nyah yang telah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?

- Tak wajib buat pembedahan semula
- Tanggung akibat tak dapat kahwin dan sebagainya.
- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik.
- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.


6. Pegang tafsir Quran masa haid

- Boleh.


7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?

- Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.


8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?

Ada tiga pendapat:
- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.
- Hendaklah kita tunaikan solat-solat fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. Biar 5 fardhu jangan kurang.
- Diterima, sebab kita dah sembahyang.
Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.


9. Apa hukum tak bayar tol?

- Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol untuk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan untuk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yang ada skang, untuk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar.


10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?

- Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. Kemungkinan takleh, dia boleh yang PASTI. Kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami seperti tak bagi nafkah.


11. Saya photographer part-time. Saya upload gambar tak bertudung. Publish utk marketing je. Hukum?

- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.
UAI: “Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam.”


12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh.

- Mesti diwujudkan benda yang sama di tempat tu balik dengan harga yang sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.


13. Suami jenis ungkit.

- Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar-benar suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.
UAI:”Rima(harimau) tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima.”
UAI: “mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. Boleh bini lain.”
UAI: “Payah nak cari yang penyayang macam saya”


14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?

- Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya – Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ.
- 3 hari dan kurang – musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas – pemukim.


15. Boleh ambik air wudhu’ putus-putus? Ambik kat rumah, perabis di surau.

- Sunat selesaikan segera amik wudhu’. Nabi SAW pernah amik wudhu’ dua tempat.


16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bagitau isteri dia ke tak yang dia skandal?

UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. Kita jumpa suami dia cakap ngan org puang. Kita takleh kabor kat bini dia. Kabor lah kat empunya diri. Tanya dia untuk tegur dan tahu perkara sebenar. Jangan rosakkan rumahtangga orang.


17. Hukum doa facebook.

- Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza-beza. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk-nunjun, sia-sia perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.


18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram

- perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.
- suara ni ada dua hukum: suara aurat dan suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.
- sebaiknya, perempuan jangan nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.


19. Mengata orang dalam berceramah.

- Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak? Kalau yang Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )
- “Celakalah orang yg tidak solat. celakalah org yg minum arak.” – ada dalam nas
- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.
- nasihat; benda yang lembut kita lembut, benda keras kena keras.
- jangan sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.


20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:

- Laki boleh rambut panjang jangan sampai nampak macam puang. orang kata pompuang takleh.
- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.
- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.
- Berambut panjang tidak salah.


21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?

- Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.


22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?

- Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.
- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak – pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram walaupun ayah dia bogel.
- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik-baiknya. Aib pada mayat jika orang lain nampak aurat si mati.


23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah buat benda buruk?

- amalan yang tidak diterima doa, doa orang yang makan yang haram.
- kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yang menghalang doa diterima.


24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat?

-Tak dapat.


25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?

- Sumpah dikira bila kata “Demi Allah.” Contoh: “Wallah, Tallah”.
- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.
- Dia boleh kahwin dengan org lain walaupun dah bersumpah atas nama Allah tapi kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan orang miskin.
- Iktibar lagu maher zain, “barakallahulakuma” untuk ucap tahniah org kahwin. Bukan kata, “moga kekal ke anak cucu.”


26. Soalan terakhir. Bolehkah saya selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang-alang dah mandi, baik mandi wajib.

- Jawabnya: bid’ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. Mandi-mandi ni perintah Allah, takleh nak main-main. Mandi wajib ada sebabnya tersendiri. Niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala