Bulan's connection

Saturday, December 17, 2011

AKULAH MEN IN BLACK

Ismawi sudah lama sukakan Mialofa anak Pak Cik Salleh,malah makin dipendam makin mendalam cintanya kepada Mialofa gadis kilang yang mempunyai rambut ikal mayang, kulit putih kuning dengan bentuk tubuhnya yang setaraf artis terkenal Malaysia. Bukan dia sahaja yang tergila-gilakan Mialofa, hampir 70% pemuda di dalam kampungnya itu turut menggilai Mialofa.
Ismawi tidak tertahan lagi menanggung cinta yang membara-bara di dalam dadanya, senyuman yang diberikan oleh Mialofa kepadanya ketika dia sedang menjolok buah mempelam di depan rumahnya membuatkan dia nekad untuk meluahkan rasa cintanya kepada Mialofa. Dia nekad, dia mahu menyulam cinta dengan Mialofa, kalau boleh dia mahu bersama Mialofa hingga ke gerbang perkahwinan.

"Oh, Mialofa" Ismawi berangan sendiri membayangkan saat-saat romantis di atas cruise ship bersama Mialofa.

Malam itu seperti yang telah dirancang sejak petang hari lagi, Tepat jam 10 malam Ismawi telah sedia menunggu Mialofa pulang kerja syift malam di bawah pokok rambutan yang tidak berbuah. Hampir sejam menunggu dan berkira-kira ayat yang mahu diluahkan, kelihatan sebuah bas kilang berwarna biru berhenti jauh di tepi jalan, turun Mialofa bersama Shalima, kemudian setelah melambai-lambai dan berpisah di simpang, Mialofa berjalan seorang diri untuk pulang ke rumahnya.Mawi segera keluar dari kegelapan malamitu dan menegur Mialofa.

"Hai Mialofa, apa khabar?Nak abang hantar pulang?" Sapa Ismawi penuh gentleman ala-ala prince charming gitu dan serentak dengan itu juga Mialofa menjerit bagaikan histeria, dan terus sempuk dengan mulutnyamula berbuih, akibat panik Ismawi terus berlari pergi untuk meminta bantuan.

Keesokan harinya kecoh di kampung itu menceritakan tentang Mialofa yang tersampuk berjumpa dengan men in black dan di tangga rumahnya Ismawi menyumpah-nyumpah akan dirinya sendiri kerana dia terlupa akan kulitnya yang dark ditambah pula dengan baju serta seluar yang berwarna hitam, yang menampakkan dirinya pada malam itu hanyalah giginya yang bersinar akibat menggunakan colgate total...akhirnya Ismawi membatalkan hasratnya untuk melamar Mialofa.Sekian.......

P/S~hANya JeNaKa SeMatA2 tidAk bERniat MenggUris Hati MAna2 piHAk





Friday, December 16, 2011

AKHIRNYA AKU TERFRUST JUA




Mael sedang memakai kasut di muka pintu rumah sewanya ketika dia melihat sebuah lori mengangkut barang-barang berhenti di hadapan rumahnya, sambil terus mengikat tali converse all starnya yang sudah usang, dia melilau pandang, dan seketika itu juga sampai pula sebuah kereta wira warna hitam dan turunlah sebuah keluarga.

"Sapa Ael?" Terdengar suara Miji bertanya dari dalam rumah.

"Ada jiran baru pindah" Jawab Mael sambil bangun dan mencapai helmet arai nya, sewaktu dia melompat naik ke atas motor besarnya, tiba-tiba dari pintu belakang kereta wira hitam itu keluar seorang gadis berbaju kurung kuning lembut sambil menguak rambutnya yang panjang mengurai ke belakang. Mael terpana sendiri dengan keayuan gadis tersebut, mulutnya ternganga luas melihat gadis itu. Ibarat dalam cerita hindustan tiba-tiba sahaja gadis itu berpaling ke arahnya dan melemparkan senyuman mesra, Mael mula gelisah...nampaknya dia sudah jatuh cinta pandang pertama dengan gadis itu.

Sejak hari itu, setiap hari Mael akan cuba mengusha gadis itu. Malah sudah sebulan dia berusaha untuk menekel gadis itu. Setiap kali hari minggu , ketika mahu pergi bekerja atau pulang dari kerja, namun usahanya  masih sia-sia. Walaupun sudah sebulan mereka hidup berjiran, namun nama gadis itu masih tidak dapat diketahuinya. Mael tidak cepat putus asa. Dua bulan mencuba akhirnya, pada malam itu Mael pulang kerja pada lewat malam kerana terpaksa melakukan overtime, ketika membelok masuk ke laman rumah sewanya dia terlihat gadis itu sedang berbuai seorang diri di laman.

"Hai seorang saja ke?" Mael dengan berani terus menegur gadis itu yang begitu cantik dan seksi dengan baju tidurnya yang berwarna pink lembut. Gadis itu tersenyum dan mengangguk

"Ada can!!" Bisik Mael dan dia mula berjalan dengan penuh gaya menghampiri pagar yang menghalangi rumah mereka. Bau wangi perfume dari jenama safi menyelinap masuk ke lubang hidungnya, menggetarkan jiwa mudanya.

"Saya Faizal Tahar, tapi nama gelemer kawan-kawan panggil Mael je" Mael memperkenalkan dirinya mesra.

"Liyana Jasmin" Jawab gadis itu

"Amboi, cantik nama dia" Mael mula main ayat.

"Err, tak apalah ya abang Mael. Dah pukul 11.30 ni, Liyana masuk dulu, nanti mak marah pula lama-lama kat luar ni" Liyana bangun dari buaian

"Err Liyana, esok saya free...apa kata kita keluar tengok wayang nak, ada cerita best KL Gedebe?" Kata Mael 

"Wah, Liyana teringin sangat nak tengok cerita tu sebab Liyana minat sangat Harun Aziz" Liyana agak teruja

"Hah, kalau macam tu cantiklah. Esok pagi pukul 11, abang jemput Liyana ya" Kata Mael berbunga riang kerana Liyana begitu senang tersangkut padanya. Liyana angguk sahaja dan terus berlari-lari anak dengan gediknya masuk ke dalam rumahnya. Mael tersenyum puas dan turut melangkah masuk ke dalam rumahnya sambil berkira-kira tentang rancangan keesokan harinya

Pagi keesokkan harinya, Mael bersiap sebaik mungkin. Perfume dashing disembur ke tubuhnya seperti Remy Ishak melakukannya dalam iklan dashing, kemudian dia menyikat kemas rambutnya. Kekacakkannya pada pagi itu mengundang tanda tanya pada teman serumahnya Miji.

"Kau nak kemana Ael?"

"Aku nak keluar dating" Jawab Mael

"Dengan siapa?" Miji ingin tahu


"Itu rahsialah dulu, kau nak pesan apa-apa tak?" Soal Mael sambil memasukkan kemejanya itu ke dalam seluar.

"Belikan aku roti canai, aku nak tidur sekejap. Penatlah balik kerja ni" Kata Miji sambil berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Mael terus berlalu keluar dari rumahnya itu dan berjalan megah ke rumah jirannya itu yang hanya bersebelahan sahaja dengan rumahnya.

TOK! TOK!
Pintu diketuk sambil menghulurkan kalimah salam dan seketika keluar seorang perempuan tua sambil menguap dengan rambut yang mengerbang tidak berikat. Terkejut Mael dibuatnya tapi dia cuba mengcontrol kehensemannya didepan ibu Liyana Jasmin.

"Mak cik nama saya Faizal Tahar, tapi mak cik boleh panggil saya Mael saja. Saya jiran sebelah rumah mak cik" Kata Mael berbasa-basi sambil menunjukkan ke arah rumahnya

"Iya, ada apa kamu datang rumah mak cik ni Mael?" Soal ibu Liyana Jasmin

"Saya nak minta izin mak cik untuk bawa Liyana Jasmin keluar, kami dah berjanji untuk tengok filem KL Gedebe yang Harun Aziz berlakon tu" Kata Mael terus berbasa-basi namun ketika itu juga wajah ibu Liyana Jasmin berubah. Mael pula masih tersenyum

"Dah lama ke kamu kenal anak mak cik tu Mael?" Soal ibu Liyana

"Sejak mak cik sekeluarga berpindah ke sini lah" Jawab Mael

Wajah wanita tua itu semakin berubah, lama dia diam dan akhirnya dia bersuara apabila melihat wajah Mael yang tidak sabar menunggu keizinan membawa keluar Liyana Jasmin daripadanya.

"Sebenarnya dah 5 bulan Liyana meninggal dunia, sebab itulah kami berpindah ke sini sebab rumah lama tu banyak kenangan bersama dia" Kata Ibu Liyana Jasmin

"Mak cik jangan buat lawaklah, setiap hari saya nampak Liyana dan semalam baru kami janji nak date hari ni" Mael ketawa kecil

"Betul Mael, Liyana Jasmin sudah meninggal dunia 5 bulan yang lalu akibat tercekik cicak kubing yang melakukan terjunan bebas masa dia tidur ternganga dekat sofa rumah lama kami dulu" Kata Ibu Liyana Jasmin. Dahi Mael mula berpeluh-peluh, dan ketika itu dia dapat lihat Liyana Jasmin ghaib di depannya. Mael tersenyum sambil mengesat peluhnya kemudian jatuh pengsan di depan ibu Liyana Jasmin.

P/S:- Sesungguhnya ALLAH TAALA itu MAHA KUASA dan hanya DIA yang mengetahui segalanya.


Thursday, December 15, 2011

INDAHNYA PERKAHWINAN DALAM ISLAM


Dalam agama ISLAM yang begitu MUDAH dan INDAH, tidak wujud langsung konsep kepaderian atau ahli agama yang perlu membujang kerana ingin beribadat semata-mata kerana tuhan. Islam menggariskan sesuatu yang cukup fitrah dengan kehidupan manusia sejagat dimana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan untuk saling bercinta.
Sebahagian para ulama membahagikan hukum nikah kepada 5 hukum ini:-
  • WAJIB – Bagi mereka yang mampu zahir dan batin bagi menambah takwa serta menjauhkan diri daripada melakukan zina.
  • HARAM – Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin.
  • SUNAT – Bagi mereka yang mampu zahir dan batin, tetapi mereka masih sanggup mengawal dirinya daripada melakukan zina.
  • MAKRUH – Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin, tetapi tidak memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan kelamin.
  • HARUS – Bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorong dirinya berkahwin.
Rasulullah bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku yang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa, tetapi aku bersolat dan tidur, aku berpuasa dan berbuka, dan aku berkahwin. Maka sesiapa yang berpaling daripada sunnahku, maka dia bukanlah daripadaku.” – (Riwayat al-Bukhari, no. 4776)

HANTU TAKDE KEPALA


          Adi Putra dan Rosham adalah dua sahabat baik yang memang tidak boleh berpisah. Sehinggakan mereka bagaikan belangkas malah belangkas juga pastinya akan cemburu melihat keakraban mereka berdua. Rosham pula seorang yang rabun, apabila berada di dalam gelap dia tidak nampak sesuatu objek di hadapannya dengan jelas. Nak dijadikan cerita, cuti hujung minggu itu Adi Putra telah mengajak Rosham pergi memancing di satu kawasan sungai berdekatan perkampungan setinggan.


"Aku okay je, tapi takkan kita berdua je?" Soal Rosham


"La, abang aku ikutlah" Kata Adi Putra sambil memandu kereta kancil yang sudah diubah menjadi kereta lumba menuju ke rumah abangnya.
Rosham hanya mendiamkan diri sahaja sehinggalah mereka tiba di rumah abang Adi Putra


"Maaflah korang, abang tak dapat follow korang memancing kak ina kau ni sakit perut sejak pagi tadi" Luah Faizal abang kepada Adi Putra kesal


"Kalau macam tu tak apa lah bang, kau okay tak Sham kita berdua je?"Soal Adi Putra


"Aku tak kisah" Rosham tersengih saja


"Kalau macam tu jomlah, dah nak petang ni aku tak mahulah sampai lewat malam pula kita kat sungai tu nanti" Kata Adi Putra.


Mereka terus bergerak ke kawasan sungai terbabit, kawasannya sangat seram kerana diliputi hutan namun deruan sungai dan keindahannya beserta ikan-ikan yang sangat banyak berenang-renang membuatkan Adi Putra dan Rosham teruja untuk memancing.


Jam terus berganjak dan berganjak sehingga ke pukul 9 malam, mereka hanya bertemankan lampu suluh yang dibawa sahaja sambil terus mengail ikan, Rosham pula asyik dengan pemain MP3 di telinganya


"Apa kamu buat kat tempat aku!" Tiba-tiba mereka disergah kuat, Adi Putra segera berpaling dan dilihatnya seekor lembaga sedang mengusung kepalanya. Rasa mahu saja dia pengsan disitu tetapi dengan saki-baki kudrat yang masih ada dia terus berlari sepantas kilat meninggalkan Rosham bersama lembaga itu, dek ketakutan yang melampau, dia langsung terlupa akan Rosham. Segera dia berlari ke rumah seorang penduduk kawasan setinggan disitu.


"Pak cik..pak cik tolong saya...saya...saya nampak hantu tak ada kepala kat sungai tu...tolong saya...kawan saya masih kat situ" Kata Adi Putra dalam ketakutan


"Kamu buat apa kat sungai tu malam-malam macam ni?" Soal Lelaki tua itu


"Kami datang memancing"


"Sudah, mari kumpulkan orang-orang kampung dan kita pergi ambil kawan kamu" Kata Lelaki tua itu sambil turun dari rumahnya untuk mencari orang-orang kampung. 


Adi Putra ketakutan dan diselubungi rasa bersalah yang teramat kepada Rosham.
15 Minit kemudian Adi Putra bersama orang-orang kampung setinggan itu berjalan meredah kegelapan malam menuju ke kawasan sungai tersebut, disitu kelihatan Rosham sedang leka memancing. Adi Putra terus meluru memeluk Rosham


"Aku minta maaf sebab tinggal kau tadi"


"Apa kau merepek ni Di? dari tadi kau ada dengan aku kan? siap buat lawak lagi, aku memang tak pernah dengar kau buat lawak kelakar macam tadi tahu tak" Kata Rosham


Adi Putra berpaling memandang orang-orang kampung dan dia lihat lelaki tua itu hanya tersenyum kepadanya.


"Eh, kenapa kau peluk aku macam ni? rimaslah, sudahlah jom balik, kita dah dapat banyak ikan ni" Kata Rosham sambil mengambil barang-barang dan berlalu pergi.


Adi Putra berjalan menghampiri Pak cik tua tadi kerana mahukan kepastian, dan lelaki tua itu tetap tersenyum.


"Tempat ni memang keras sikit, ramai yang dah terjumpa dengan benda tu. Ingatlah bukan kita saja yang hidup atas dunia ni" Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu Adi Putra. 


Adi Putra angguk dan berlalu bersama orang-orang kampung itu, walaupun Rosham hairan dengan kemunculan orang kampung tapi sehingga ke hari ini, Adi Putra tidak menceritakan hal itu kepada Rosham, kerana Rosham langsung tidak percaya akan ceritanya. Lagi satu sebab Rosham memang rabun pada waktu malam sebab itu lah dia langsung tak percaya tentang cerita Adi Putra sebab dia tak nampak benda tanpa kepala tu.


p/s~~Ingatlah bukan kita saja yang hidup atas dunia ni



Thursday, December 1, 2011

CINTA PLASTIK TESCO





  • "Cantik isteri abang hari ni," Fahrin mencubit pipi Zakiyah lembut.

    "Ayah, ayah, cepat la yah," Sha dan Liya meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

    "Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

      Zakiyah hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

    "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
    abang ada peluang untuk cuti panjang." Fahrin berkata kepada isterinya
    tercinta.

    Perjalanan daripada KL ke Kelantan mengambil masa lebih kurang lapan jam. Sha dan Liya dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Zakiyah. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,walaupun hanya kampung isteri aku ni" Fahrin berkata hati.   
  •                                                                                                                                                                               Sedikit demi sedikit Fahrin menekan minyak keretanya.Semakin lama keretanya semakin laju dan Fahrin semakin seronok. Dia dah tak sabar untuk segera sampai ke kampung isterinya itu kerana dia tidak pernah mempunyai kampung, baginya dapat pulang ke kampung adalah sesuatu yang mnyeronokkan. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Fahrin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Fahrin time tu, sehinggakan dia terlupa  sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

    "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Zakiyah terjaga dari tidurnya, dan terkejut dengan tindakan Fahrin  "Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

    "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Yah takut." Zakiyah cuba memujuk Fahrin supaya memperlahankan kenderaannya.

    "Rileks Yah, tak ada apa-apalah," Fahrin terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was macam ubat gigi Safi, gunakan tanpa was-was.

    "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Fahrin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. Mimik muka bangga jelas ditunjukkan pada isterinya

    "Sudah la tu bang."

    "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Yah tengok abang motong dia aaa...." Fahrin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai kemudian dia terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

    "Ayin....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

      Fahrin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana isteri saya mak? Macammana dengan diai saya, mak? Liya, Sha....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Fahrin menyoal emaknya. Fahrin tak dapat menahan kesedihannya lagi, lalu  menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Fahrin tepat-tepat.

    "Macamana dengan isteri saya mak, Zakiyah ?" fahrin  masih terus menangis kerana memikirkan isteri dan anak-anak tersayang telah pergi meninggalkannya di dunia fana itu.

    PANGGG!!. Kepala Fahrin ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba malah sekuat hati orang tua itu. Fahrin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?sudahlah dia dalam kesedihan

    "Banyak la engkau punya bini! Muka dahlah tak handsome, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berbini ya. Makpun tak faham dengan kau ni tau tak Ayin?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Fahrin tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam plastik tesco yang tergantung pada paku pintu biliknya!.malu betol....

3 R- reusing, recyling, reducing (Seluar dalam Zain)


Hari itu, Aaron dan Syamila menerima panggilan telefon daripada sahabat lama mereka Zain sekeluarga, Zain mengatakan bahawa dia telah berpindah berdekatan dengan kawasan tempat tinggal Aaron dan Syamila, oleh itu dia mengajak Aaron dan Syamila untuk makan tengahari bersama mereka sekeluarga.
" Kalau macam tu kita pergi awal sikitlah sayang, boleh awak tolong-tolong si Fasha isteri Zain tu masak, lagi sedap sambil tu abangpun bolehlah borak lama sikit dengan kawan lama abang tu" Kata Aaron kepada isterinya Syamila sesudah saja mematikan telefon bimbit
"Cantik juga tu bang, i go on je lagipun abang yang bawa keretakan" Syamila tersengih
"Amboi, dahlah cepat-cepat siap" Kata Aaron seraya bangun dari duduknya dan berlalu untuk menukar pakaian di dalam bilik tidur mereka 

Setelah hampir 15 minit memandu akhirnya mereka tiba di alamat yang telah diberikan oleh Zain dan Fasha, Zain dan Fasha sudah memiliki sebuah banglo yang besar hampir terkagum Aaron dan Syamila dibuatnya.

"Wah, besarnya rumah diorang ni bang" Kata Syamila

"Awak rasa Zain ni masih kedekut tak?kalau dia masih kedekut macam kat universiti dulu tak hairanlah kalau dia mampu beli rumah besar macam ni" Aaron menggunakan mekanisme bela diri

"Ishh abang ni tak baik cakap macam tu, dia kan kawan kita. Hah tu loceng, abang tekanlah" Kata Syamila, namun belum sempat mereka menekannya, muncul Zain dan Fasha

"Cepatnya kau orang sampai, jemputlah masuk" Mereka berpelukan

"Kami sampai awal sikit, bolehlah Mila tolong masak dengan Sha ni, takkanlah aku dan bini aku datang nak mencekik saja" Kata Aaron

"Ah, betul juga tu" Kata Zain dalam deraian tawa. Fasha dan Syamila terus berlalu ke dapur untuk menyediakan hidangan makan tengahari sambil itu di ruang tamu Zain dan Aaron berbual mesra sambil ketawa. Hampir beberapa lama bersembang akhirnya makanan dahpun siap, apa lagi hari yang makin meninggi membuatkan perut semakin berkeroncong lagu M.Nasir, Aaron ketika itu melihat makanan kegemarannya membuatkan dia rasa semakin berselera untuk makan apa lagi makan bersama kawan lamanya itu.Syamila hanya meneguk air sirap sahaja, dia langsung tidak menjamah makanan itu kerana tiba-tiba saja dia merasakan loya tidak menentu..bukan dia tidak pregnant....tapi entah kenapa rasa tidak sedap badan.

Aaron membuka pintu rumahnya sambil tersenyum puas, Syamila di belakang masih berkerut-kerut wajahnya.

"sedap betul ayam percik dan kerabu pucuk paku tadi...adoi kenyang abang Mila" Kata Aaron

"Err..."

"Awak ni kenapa Mila, abang tengok semacam je, dekat rumah Zain tadipun awak tak makan, kecik hati Zain tahu tak" Kata Aaron berang dengan sikap isterinya"Abang, nilah yang Mila nak cakap dekat abang...tapi tak boleh cakap tadi, sebenarnya masa Mila tolong Fasha masak-masak kat dapur Mila tengok Fasha sahut seruan kerajaan, dia ikut kempen 3R tu" Kata Syamila

"Eh, baguslah tu...botol letak botol, plastik dengan plastik"

"Ini dia reusing bang, guna semula....errr...sebenarnya, untuk lap pinggan-pinggan tu dia guna seluar dalam...seluar dalam Zain bang" Beritahu Syamila tanpa segan silu sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Aaron rasa pandangannya kabur.....dia mula pening-pening dan muntah disitu juga.......

SANTAU DUNKIN DONUT






Hari tu Bella keluar melepak di KL bersama geng-geng kamcengnya sejak dari zaman tadika, Hisham, Sasha dan Mastura. Memang syok gila diorang pusing satu KL sampai ke petang sebab dah lama diorang tak naik KL disebabkan kesibukan kuliah. Jadi, untuk melepaskan gian "being KL' cuti pertengahan semester minggu itu digunakan sebaik mungkin. 

Dah puas pusing satu KL akhirnya sebelum pulang mereka singgah beli dunkin donut sebagai bekal di dalam kereta, Hisham satu-satunya lelaki yang ada di dalam kereta tersebut dengan malas terpaksa  keluar untuk membeli satu set dunkin donut...ada 6 biji semuanya, kemudian mereka menukar pemandu, kali ini Bella pula yang mengambil tugas untuk menjadi driver mereka.

"Bella, kau hati-hati sikit..nak makan lagi..nak drive lagi" Tegur Sasha yang runsing dekat lagak Bella yang makan sambil memandu

"Aku excited sha...sebab dah lama tak makan dunkin donut ni, kau orang kan tahu aku suka krim dia ni" Kata Bella sambil menjilat jarinya yang terkena lebihan krim.

"Bella...kat depan ada tu plaza tol wei...habiskan donut kau tu dulu" Tegur Mastura sambil terus menikmati donut di tangannya

"Yalah" Bella terus menghabiskan donut yang bersisa kemudian menghentikan kereta di depan kaunter tol, sambil meraba mencari duit dia terpandang krim yang masih bersisa di atas ibu jarinya, terus dijilat krim itu kemudian dia membayar tol dan terus memandu pergi tapi tak sampai 5 minit drive Bella merasakan sesuatu yang tidak kena....dia rasa badannya lemah..tekaknya mual...dia rasa sangat loya..terus diberhentikan kereta di tepi highway yang sibuk itu

Sasha, Mastura dan Hisham gelabah melihat Bella yang muntah tidak henti di tepi jalan itu....semahu-mahunya gadis itu memuntahkan segala isi perutnya.

"Wei...Bella ni macam dah kena santau ni wei" Kata Hisham menggelabah

"Korang jangan main-main benda macam ni wei" Kata Sasha


"Betul ! hah... hari tu dia baru clash dengan Azmer, Azmer marahkan dia..jangan-jangan.." Mastura ketakutan

"Kau orang jangan nak mengarut lah, ehh dahlaa..kita bawa Bella pergi klinik..." Marah Sasha, suasana tegang sekali,mereka segera memapah Bella masuk ke dalam kereta

"Eh,tak..tak payah pergi klinik..aku ok..ok..aku ok la.." Kata Bella lemah.

Hisham mengurut-ngurut dahi, dia memang syak Bella disantau orang kerana melihatkan Bella yang tadi sihat tiba-tiba sahaja menjadi tidak bermaya dan muntah-muntah.

"Aku memang rasa kau kena santau ni Bella, orang kampung aku dulu kena macam ni lah.  Dah kita balik kampung aku sekarang juga, berubat" Kata Hisham

Bella diam sahaja, dia memejam mata...santau??

Dia tunduk mahu menangis....sebenarnya dia bukan terkena santau tetapi yang dijilatnya ketika di plaza tol tadi adalah tahi burung yang entah bila melepas jatuh ke atas tangannya, dia yang menyangka itu adalah sisa-sisa krim dunkin donut terus menjilat penuh nikmat....

Alahai....Bella diam sambil mengertap bibir..tidak mahu membocorkan rahsia itu, kalau tidak mahu setahun 3 orang sahabatnya itu mentertawakannya..