Sha's connection

Wednesday, October 1, 2014

UMAR, LEGEND IN MY HEART


Assalamualaikum,bloggerian dan para pembaca Sha Comeylicious

"UMAR, LEGEND IN MY HEART"
yeah....rasa jiwang pulak dengan tajuk entri kali ney... yaa...aku sudah jatuh chenta dengan Umar...orangnya tegas, berani dan opkos baik ati! hari ni rasa chenta padanya bertambah bila mendengar kuliah agama berkisar tentang dirinya di Masjid Daerah Balik Pulau, Allahuakhbar..rindunya pada insan ni, seperti merindui Rasulullah SAW terchenta :)
Saidina Umar Al-Khattab, the legend in my heart!

Dulu,sebelum hijrah..aku mmg jahil (jahil tukil) aku sekadar tahu nama sahabat2 Nabi SAW.. tak pernah amik tahupun kisah diorang, komang2 kalo taupun kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq, bila tau kisah Umar Al-Khattab, aku tak tertarikpun sebab yealah Saidina Umar ni kan garang sangat, kisah2 sebelum pengislamannya jugak buleh tahan kasarnya...tapi aku silap, bila mengenali Amirul Mukminin ni, masyaallah....aku jatuh chenta dengannya!! sedetik penghijrahanku Allah SWT telah menghadirkan rasa chenta pada insan ni....sebab apa? sebab Allah nak  tarbiyah aku agar aku bangkit dari kejahilan aku sama seperti Saidina Umar! Allahuakhbar.... besarnya cara Allah mengajar aku untuk istiqamah dengan hidayah yang diberikanNYA padaku.


                                   
                                          UAI pun suka :)

Ada satu kisah Saidina Umar ikut Nabi SAW gi berbaih dengan kaum wanita, lalu ada seorang wanita tu banyak sangat tanyanya pada Rasulullah SAW...sampai Saidina Umar tergelak mendengar pertanyaan wanita terbabit yang terlalu banyak. Ya ALLAH, mesti chomey sangat Saidina Umar time tu :) tak dapat nak bayang pulak aku...ehehhehehe...

Okep, kat sini aku letak BIOGRAFI SAIDINA UMAR
Sumber : WWW.Islam2u.Net

Nama sebenar  Saidina Umar adalah
"
Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin 'Adi bin Kaab"

Gelaran  :- Al-Faruq
Keturunan : - Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi)
Tarikh lahir  :- 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi)
Jawatan : - Khalifah Ar-Rasyidin Kedua
Tarikh Lantikan :- 634M
Tempoh Jawatan :- 10 tahun
Tarikh M/Dunia :- 23H @ 644M
Umur :- 63 tahun
Menarik lagi tentang Saidina Umar ni beliau merupakan mertua Rasulullah SAW apabila Rasulullah bernikah dengan anaknya, Hafsah binti Umar. Beliau juga salah seorang yang dijamin Syurga oleh Rasulullah SAW.
Keislaman Saidina UmarSebelum memeluk Islam, Saidina Umar macam duta bagi kaumnya terutama untuk mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan. Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian Rasulullah ketika umurnya 27 tahun. Tindakannnya masa tu memang mengemparkan masyarakat Quraisy bagaimanapun telah memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat dengan adanya UMAR IBNU AL-KHATTAB.
Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam"  (Hadis riwayat At-Thabarani)
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani juga, bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"
Sebuah hadis dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, bahawa Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata :
"Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana beliau dapat membezakan di antara perkara yang benar dan batil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab :
"Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"
Jawab Rasulullah SAW : "Benar"
Aku berkata lagi : "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"
Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu aku dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq !
Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan  di Baitullah   khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

MasyaALLAH, betapa hebatnya Umar Al-Khattab!!
Dalam perjalanan hidup sahabat Rasulullah SAW ini, antara peristiwa  yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina Umar Al-Khattab telah mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan, berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah secara rahsia.
Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani  semasa sebelum islam dan   bertambah berani sesudah beriman. Allahuakhbar....
Bahkan pada detik-detik terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan: Setelah saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya set panah lalu disangkut dibahunya, sebatang anak panah pulak tergenggam ditangannya dan dia melangkahkan kaki menuju ke Kaa'bah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Kaabah menyaksikan kehadiran Umar.
Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solat.
Selesai solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy. kata Umar:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahanam yang memusuhi agama Allah."
Kata Umar lagi: "Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini."
Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar berlawan senjata.
Dari sudut psikologi, cara Umar mencabar puak Quraisy dengan gaya seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak Quraisy lemah semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar mengutuk mereka sebagai puak yang bakal dibinasakan Allah SWT. Dalam keadaan puak Quraisy lemah semangat, Umar mengajak pulak mereka  beradu senjata.
Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan.
Berikutan dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut seruan hijrah. Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi s.a.w. yang tinggal di Makkah, kecuali Nabi s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Ali bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka yang tidak kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan oleh pihak  Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam
Menarik lagi tentang Umar Al-Khattab The legend in My Heart ni adalah :- 
1. Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar" Hadis riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)
2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadis riwayat At-Tarmizi
3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadis riwayat At-Tarmizi
4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadis riwayat At-Turmizi
5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.
6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar
7. Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadits riwayat Bukhari.
8. Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)
Umar Sebagai Orang Yang Pertama
1. Pertama digelar Amirul Mukminin
2. Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam
3. Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak
4. Pertama mengharamkan nikah mut'ah
5. Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda
6. Pertama menubuhkan jabatan-jabatan
7. Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan
8. Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir
9. Pertama memperkenalkan Al-'Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)
Umar Dan Al-Quran
Saidina Umar Al-Khattab mempunyai pemikiran yang sangat hebat. Beberapa pendapatnya merupakan sebab turunnya al-Quran. Di antara ayat-ayat al-Quran yang diturunkan sempena pendapat beliau ialah :
1) Kisah tawanan Badar  - ayat 28 Surah Al-Anfal
2) Ayat Menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat - Ayat 125  Surah Al-Baqarah
3) Ayat Hijab - Ayat 53  Surah Al-Ahzab
4) Ayat tentang asal-usul kejadian manusia - Ayat 12   Surah Al-Mukminun
>5) Ayat tentang arak  -    Ayat 219   Surah Al-Baqarah dan Ayat 43  Surah An-Nisa'
6) Ayat Larangan Mensolati Jenazah Orang Munafiq - Ayat 84   Surah At-Taubah
7) Kisah orang Munafiq - Ayat 6 Surah Al-Munafiqun
8) Ayat 5  Surah Al-Anfal
9) Ayat 16  Surah An-Nur
10) Ayat tentang penghalalan jima' di malam bulan Ramadhan - Ayat 187  Surah Al-Baqarah
11) Ayat 97  Surah Al-Baqarah
12) Ayat 65  Surah An-Nisa'
13) ayat 13 Surah Al-Waqiah


Subhanallah...betapa hebatnya Saidina Umar Al-Khattab ni.... jadi tidak hairanlah mengapa aku boleh jatuh chenta dengannya bahkan aku dah prepair siap-siap nama untuk anak aku nanti.... akan ada nama "UMAR"

Moga-moga comel, berani, dan kuat seperti Saidina Umar :)



No comments: