Sha's connection

Saturday, April 12, 2014

AKU DAN JODOHKU

''Gambar adalah ihsan daripada Google''
 
ALLAH SWT telah menjelaskan dalam al-Quran kepada hamba-Nya mengenai hakikat perkahwinan dalam kehidupan manusia.

 Firman Allah SWT yang bermaksud: Daripada tanda-tanda kebesaran-Nya, Dia telah menciptakan bagi kamu isteri-isteri untuk kamu hidup bersama mereka dan Dia telah jadikan antara kamu (daripada perkahwinan itu) rasa cinta dan kasih sayang.

Ya, siapa yang tidak mahu menikah?? Aku juga mahu, seiring dengan hijrah ku ini sudah mulai terdetik hati untuk menjalani kehidupan berumah tangga, sedalamnya cintaku pada Maha Pencipta, aku juga mulai ingin memiliki si pelindung selepas Maha Pelindung.
Ya ALLAH, hadirkanlah aku suami yang soleh yang mampu mencintai aku keranaMU ALLAH.

Aku tidak mahu bercouple tapi aku mahu cinta yang halal, cukuplah si dia mengenaliku datang menemui keluargaku kemudian kami segera melangsungkan akad dan nikah, aku juga tidak ingin hantaran ribuan ringgit, aku sebolehnya mahu mengikut syariat islam.
Malah ibuku sendiri tidak pernah kisah tentang hantaran bahkan ibu pernah berkata
"Yang penting akad dan nikahnya"
Ya.....akad dan nikahnya...tapi dengan siapa aku harus menikah, sedang umur makin berganjak? Alangkah bahagia jika kita dapat tahu siapa jodoh kita? Tapi sesungguhnya kita merancang ALLAH juga merancang dan perancangan ALLAH adalah yang paling baik, aku redha dan menunggu siapa suamiku ya ALLAH.

Kadang-kadang kecil hati juga bila kawan-kawan cakap "Nikahlah cepat-cepat" apakah jodoh itu aku yang buat sendiri? tentu tidak bukan? kenapalah kawan-kawan aku ni tak reti langsung nak jaga hati aku ni..ishhhh....kadang-kadang ada kawan yang kata "memilih kot ko ni" aku memilih? ya mungkin aku memilih, tapi bukan aku pilih rupa atau harta, tapi aku pilih lelaki yang boleh membimbing aku untuk dekat denganNYA, boleh ajar aku mengaji, boleh solat jemaah sama, bukan ustaz dengan status aku yang masih merangkak-rangkak dalam hijrah ni, jauh sekali nak dapat ustaz tapi cukuplah lelaki yang mampu jadi ustaz untuk aku dan bakal anak-anak kami nanti.

Aku juga berikhtiar mencari jodohku, bukan aku menunggu saja dia datang..tidak....aku mencari cuma ALLAH masih belum temukan kami. Ya ALLAH semoga engkau mempermudahkanlah urusanku dalam soal jodoh ini, juga urusan teman-teman dan rakan pembaca blogku yang masih belum bertemu jodoh.

Amin...

No comments: