Sha's connection

Wednesday, October 23, 2013

PETUA HILANGKAN JERAGAT DAN PARUT JERAWAT





Haa..entry kali ni aku nak tulis pasal petua untuk korang menghilangkan parut jerawat mahupun jeragat pula, aku tak tipu sebab muka aku memang ada jeragat..ada bintik-bintik kat pipi L …..pastu sejak aku kerja dekat salah satu company tu jugak muka aku naik banyak gila jerawat, pastu jadi berparut hitam kat muka sampai kawan2 aku tegur… ya ALLAH banyaknya jerawat! Masa tu aku rasa nak bakar je dia..tergamak dia kata kat aku macam tu (at least dia jujur ya dak?)


Ok…stop blabbering….kat bawah ni aku bagi petua dia yang aku sendiri cuba (kakak aku ajar) dan Alhamdulillah parut2 jerawat berkurang begitu juga jeragat.

1.       Korang sapu SERUM kat parut jerawat dan bahagian muka korang yang berjeragat tu. Cara sapunya dari bawah ke atas, usap wajah korang tu slow-slow. Dan korang leh pakai mana-mana Serum dari mana-mana jenama yang pasti cara pakainya betul iaitu cuci muka, pakai toner dahulu barulah serum. Lakukan setiap hari jangan miss sebab korang akan rasai kekurangannya!



2.       Korang hiris buah tomato pastu korang sapu kat bahagian2 wajah korang yang berjerawat dan berjeragat tu, pastu tunggu dia kering tapi yang ni aku leceh sikitlah nak buat sebab malas nak gi pasar dan hiris buah tomato tu tapi jangan main2 ni traditional way tau and khasiatnya banyak.



3.       Korang kena pastikan jenis kulit korang dulu..berminyak atau tak? Biasanya kulit berminyak senang naik jerawat macam aku jugak so korang kena guna bedak yang tidak melebihi SPF 15.



4.       Dan kerap-kerap cuci muka ya


 Lastly jangan give up untuk lakukan petua2 aku bagi ni, dan jangan marah aku kalau lambat menjadi sebab benda ni bergantung pada jenis kulit korang jugak dan kalau masih tak ada effect, korang boleh rujuk masalah korang dekat doktor atau mana-mana klinik yang menyediakan pakej mengatasi acne ni (macam klinik kat umah aku) . Akhir kata.. amalkan secara berterusan tau!!

No comments: