Sha's connection

Saturday, January 12, 2013

BICARA GADIS KELANTAN




Assalamulaikum dan hai..sehari dua ni lagi timbul isu kutuk negeri Kelantan… siap masuk Harian Metro lagi… dahla yang mengutuk tu awek..nama indah je.. Diana Bahijah ya?? Pada pendapat aku… this chick is another internet mentalized disorder (penyakit aku bagi sendiri namanya..hahaha)..salah guna internet..mana taknya bila rasa follower ramai kat twitter (dah rase bajet HOT) maen hentam kromo jek nak tweet ikut sedak kaki alih2 malu besar..nak aibkan orang sampai aib sendiri terbukak..dahlah perempuan, kalau macam gini punya perangai sape nak buat bini..nak buat menantu?

Nama aku Sha @ Fara (nama sebenar), aku pure Kelantan. Mak ayah aku memang asal Kelantan, berasal dari Pasir Mas dari Kampung To’Uban. Dekat kampung aku tu macam-macam orang ada….dan aku rasa tak ada seorangpun yang pelik? Awek tu cakap orang Kelantan ni pelik? Malah dia langsung tak mahu kawen ngan orang Kelantan? Pernah frust dengan balak Kelantan kot? Hahaha (gelak jahat).. atau kalau tak pernah kenal orang Kelantan jangan buat-buat cerita sebab orang yang munafik tu paling dibenci ALLAH.. tak takut ke?

Okey.. pertama-tama sekali aku bangga memegang mykad bernombor “O3” apa lagi plat vehicle berabjab “D” ..1,23,A,B,C,D nampak tak kami terawal dalam Malaysia ni..hehe…
 Kalo stay kat luar Kelantan (Contoh macam aku stay kat Penang) ..bila tengah isi borang tiba2 terpandang orang sebelah yang ngah isi borang dengan ic 03 rasa nak tegur… ore kelate ko? Kelate dok mano? Sama jugak bila naik motor/kereta lalu je kenderaan yang plat D ..kita rasa nak kejar je kenderaan tu tanye ore kelate ko? Hahaha…

Memang…memang negeri aku tak membangun macam negeri-negeri lain kat Malaysia ni… tapi aku bangga dengan negeri aku…kenapa? Sebab kalo korang nak tahu korang pergilah kat pelusuk mana di Kelantan ni samaada kedai melayu, kedai cina atau kedai india… akan ada tertulis perkataan Jawi, signboard bertulisan jawi menghiasi kedai tak kira bangsa…banner-banner kat highway, kat bandar even dekat body bas sekalipun akan ada tulisan jawi…… malah orang cina kat negeri Kelantan ni boleh baca dan tulis jawi!!

 Banner-banner kat Kelantan jugak , untuk modelnya tidak kira Islam ataupun bukan Islam mestilah berpakaian sopan..kalau yang muslim mesti menutup aurat macam pakai tudung, kalau yang non-muslim pakai labuh-labuh..At least, kita drive kat highwaypun sejuk sikit mata takdelah nak drive nak kalih tengok model seksi lagi..alih-alih bammm eksiden…sapa susah? Kita jugak..hahahaha…
Kedah sekarangpun dah nak ikut style Kelantan tau..mewajibkan semua banner  dengan gambar model yang menutup aurat dan berpakaian sopan!

Aku bangga dengan negeri aku Kelantan sebab…. Semangat kenegerian tu kuat tapi kenapa ada sesetengah orang luar cakap benda tu tak elok? Diorang menyalah tafsirkan semangat assabiyah dengan semangat kenegerian yang ada dalam diri rakyat Kelantan ni… itu bermakna kami aman..kami damai..xdeknya nak bergaduh tak tentu hala… semangat anak Kelantan makin utuh bila anak-anak Kelantan ni berada kat luar Kelantan... bila dengar je orang kelantan, yang cakap sepatah jadi 10 patah…nasi yang harga rm3.50 dapat rm3.00 jek..hehehe… lepas tu restoren-restoren makanan Kelantan kalo belah luar memang sure laku giler sebab sedap, kawan-kawan aku selalu puji cakap makanan Kelantan sedap..kuih-muihpun sedap, kat negeri lain takdek tapi kat Kelantan ada macam-macam kuih contoh cek mek, akok, tahik itik. Hehehehe… orang Kelantan sendiripun kalo tahu jek kedai tu orang Kelantan yang punya kompom ada je terpacak kat situ, sebab dapat makan sedap-sedap, pelepas rindu kat kampung halaman…hehehehe..at least dapat support ekonomi rakyat sendiri yang orang luar cakap “miskin” tu!

Pastu anak-anak cina @ india Kelantan cakap sepatahpun tak pelat cina@tamil,  bahasa-bahasa Kelantan klasik selamba jek cakap..sama macam orang melayu Kelantan cakap…malah bila jumpa anak melayu Kelantan, otometik bahasa kelantan akan jadi bahasa utama, yang aku boleh gelak guling-guling kawan-kawan cina aku cakap BM Standardpun masih bunyi Kelantan… hahaha…aku tak tipu punya … cakap bukan main la KL nyer… sekali terkeluar “mabuk bah” “hok mano” “lecturer dok ngepek” …kalo diorang cakap bahasa diorang sendiripun akan terselit bahasa Kelantan, lepas tu diorang ni bangga pakai baju      “ AMBO ANOK CINO KELATE” ..akupun rasa macam nak jek selai baju tu..
malah orang2 cina kat kampung akupun selamba jadi orang melayu, pakai kain batik,karoke lagu melayu, makan pakai tangan, pergi kenduri kahwin, siap “ngeley” (bagi duit makan kat majlis kahwin) atau bawak susu@gula kat majlis kesyukuran. 

Lepas tu jugak aku pernah pergi kat umah kawan cina aku kat luar Kelantan . Mak ayah dia terus speaking kelate bila tau aku tau aku orang Kelantan siap tanya ag “ Mek ore mano”
perkataan MEK (kat sini means anak perempuan) buat berderau darah aku,bangganya aku!!…

lepas tu diorang punya meriah menyembang dengan aku ni macam dah kenal lama....sebab apa? Sebab aku KELANTANESE! Dan diorangpun kelantanese.

Next, kalo naik teksi ke kereta sapu ke atau pergi mana-manalah kat luar Kelantan… sambil-sambil tunggu, orang tegur cakap-cakap dan tanya “asal mana?” bila kita cakap “Kelantan” , diorang akan senyum meleret lepas tu akan cakap “ patutlah comel/hensem orang Kelantan rupanya” . “Orang Kelantan ni manis-manis ya?”
Huaaaa..masa tu usah nak cakapla..seluruh rongga-rongga terbuka rasa kembang-kempis jek…Apa lagi bila orang tu tanya Kelantan kat mana? Kitapun jawab “pasir mas” pastu orang tupun cakap “ orang pasir mas memang lawa ya” … (maaf sebab ini adalah akan menimbulkan rasa menyampah korang dengan aku..sebab aku dah perasan bila mengingatkan balik pujian-pujian yang tulus ini..hahahahaha)
Anak muda Kelantan walaupun rock macamana even laki mahupun perempuan, cina mahupun melayu bila bercakap dengan orang tua ada tertib dan adab, pandai berseloroh, pandai berjenaka. Kalo datang jemput atau hantar kawan-kawan lepas keluar hang out, bila tengok mak ayah or orang yang lebih tua kat rumah tu, kompen akan turun bersalaman dulu sebelum pergi atau balik… itu buktinya kami HOT… We HOT and We Knew It… hahaahah HOT (hormat orang tua)

Hheheehheeh… lepas tu pasukan TRW kami antara pasukan paling terbaik… aku percayalah kata2 “sukan menyatukan rakyat” tu… buktinya boleh tengok reaksi penyokong-penyokong Kelantan bila tengok bola..bila bercerita tentang TRW.. tribute to presiden KAFA..Tan Sri Anuar Musa yang banyak membela rakyat kelantan bila kami diejek tentang bola.

Then…aku bangga sebab negeri aku digelar serambi mekah… 90% member-member aku dari luar Kelantan pujilah cakap kat Kelantan ni pegangan agama dia masih kukuh, majoriti rakyat Kelantan tahu agama malah event-event keagamaan kat Kelantan memang meriah, sambutan memberansangkan. Kat kampung-kampung di madrasah atau di rumah, masih belangsung kelas pengajaran al-quran free of charge je, tapi kat luar Kelantan kena bayar bila nak belajar quran, kena pergi kelas agama berbayar.Pernah aku naik satu teksi ni, pak cik teksi tu puji Kelantan kaw-kaw dia cakap budak Kelantan pandai-pandai..baik-baik..sebab apa? Sebab agama kat Kelantan kuat..ada tok guru.... kepimpinan berasaskan agama…. Huhuhu bangga betol aku masa mendengar celoteh pak cik ni… mekaseh pak cik! Betul, aku setujulah dengan kata-kata pak cik ni, pak cik ni lagi telus, jujur dan amanah dari ORANG2 YANG SUKA KUTUK KELANTAN tu…

Majoriti universiti kat Malaysia ni dipelopori oleh anak Kelantan..aci kerat kukulah kalo aku tipu, ni pengalaman aku sendiri kat U.. sampai lecturerpom selalu pesan “BM standard please” ..

mana taknya 70% student orang Kelantan sampai ingat masih still kat Kelantan..asik nak pot pet pot pet dalam Kelantan language jek..hhahaa.. pastu… orang-orang berjaya kat MALAYSIA ni sape kalo bukan orang KELANTAN.. designer tersohor dunia Zhang Toi orang Kelantan, Ketua Hakim Negara…orang Kelantan, Wanita pertama ke PBB orang Kelantan, pengarah Plkn orang Kelantan..ramai lagi lah kalo aku nak cerita kat sini…ini tak tipu punya..korang boleh search sendiri betul ke tidak fakta aku bagi ni.

Kalo nak cakap pasal apa aku bangga dengan negeri aku ni memang banyak gilerlah… Sultan kami sekarang Sultan Muhammad Ke-IV adalah sultan yang berjiwa rakyat, turun padang, drive kereta sendiri, jadi imam, tolong kebumikan jenazah rakyat, join gotong-royong dengan rakyat. Mana lagi nak dapat pemimpin berjiwa rakyat macam ni, bonda bagindapun siap ada bagi biasiswa lagi dekat anak-anak Kelantan terpilih yang tak berkemampuan, yang bijak pandai, selain tu bagi zakat..akupun pernah dapat zakat dari Tengku Anis sebab aku anak yatim, masa sekolah-sekolah dulu bila arwah ayahku mula-mula meninggal, pihak diraja keluarkan notis untuk pemberian zakat untuk anak-anak yatim dan aku salah satunya, terima kasih tuanku..semoga ALLAH limpahkan kurnia ke atas Tuanku seluruh kerabat diraja Kelantan.

Jadi, semua yang aku cerita kat atas tu memperlihatkan kami ni “PELIK” ke?? Atau kami ni “UNIK” ?  Kalo nak cerita sampai besokpun tak habis..tapi tangan dah lenguhlah pulak… lagi satu aku nak bocorkan rahsia… negeri paling kaya negeri Kelantanlah..bukan kaya dengan pembangunan (secara mata kasar) tu tapi kaya dengan adab ketimuran, kaya dengan budi bahasa, kaya dengan semangat kerjasama, kaya dengan keagamaan, ada tanah sendiri, emas Kelantan emas original lagi, kalo xdek duit sekalipun nak makan masih buleh lagilah… malas nak ceritalah… tapi rakyat Kelantan dan pecinta Kelantan mesti tahu betapa bestnya Kelantan...aku buat entri bukan nak buat korang menyampah tapi just nak share how wonderful my Kelantan and I’m proud to be Kelantanese.. for those yang tak suka Kelantan “buka hati, hiasi peribadi, tambahkan iman sebab kamipun makhluk ALLAH SWT juga”  sebelum tuding jari cakap macam2 kat orang lain, pikirlah 4 lagi jari terhala pada kita tau…  J pastu kalo dah benci sangat sekalipun kat kami ni..pendam sorang-sorang sudahlah takpun tulis dalam buku 3 lima bukan tulis dalam muka buku @ twitter alih-alih muka sendiri tertepek kudis bila 1 Malaysia dah aim muka awk.. just peringatan sesama kita..walau dari negeri manapun kita, kelantan ke or lagi 13 state kat Malaysia ni..kita tak de hak main sedap hati jek nak kutuk orang kalo kita hanya mendengar dari orang lain atau pengalaman kita(tapi kita tak berfikir di sebalik pengalaman tu)  ..kata orang tak kenal maka tak cinta malah pengalaman tu semakin mendewasakan kita bukan membinasakan kita…kerana pulut santan binasa kerana tweet malu muka 1 Malaysia…huhu..adioss….

Banggo Weh Ambo Anok Kelate.
Www.facebook.com/shachomeylicious
10.13 am-12 januari 2013-Sabtu