Sha's connection

Monday, January 9, 2012

SWEETNYA MAMAT TU



Aku pernah amik paper kaedah penyelidikan, bagaimanapun nasib aku tak berapa baik sebab hanya aku dan 10 orang secourse denganku sahaja student dari CAS , lagi 20 ke 30 orang semuanya budak COLGIS. Haiyoo...muka2 x kenal semuanya....


Tapi bila aku dalam kelas tu, aku mula perasankan akan kewujudan satu mamat ni, orangnya tinggi sesuai dengan saiz tubuhnya, kulitnya hiram manis dan mukanya yang comel (bagi akulah ) and one more dia pandai! Hehhehe..sebab lecturer kitorang tu selalu juga tanya soalan kat dia, dan selamba je dia jawab..pergh,,,,pelan-pelan buat aku admire kat dialah pulak....


Dalam kelas lak dia dok kat depan aku je, aku suka bila tengok dia bersilang kaki sebab aku memang suka bila tengok mana2 boy duduk bersilang kaki (akupun tak tau pasai apa)... dan dia ni lak susah sangat nak tengok dia senyum...apa lagi nak ketawa macam kekawan dia kat kelas tu, itu yang sweetnya...hai bertuahlah awek dia sebab dapat tengok senyuman dia an??


Opppsss...bukan tu yang aku nak cerita..ceritanya macam ni haa,,, satu hari tu lepas abis je kelas, kita orang terus berpusu-pusu keluar dari dewan kuliah, masa tu student berderu-deru so aku ngan member aku nipun ambil jalan jauh sebab tak nak road block kat tengah jalan lagipun aku kena rushing, sharp kul 11 pagi aku ada kelas lak. Then, tiba-tiba kitorang ternampak budak2 laki kelas kitorang tadi agak kecoh melihat sesuatu, beberapa orang student perempuanpun ada jugak dan masing-masing dengan mimik muka berkerut2...rupanya seorang budak perempuan cina terjerlus kaki masuk dalam besi penutup longkang tu..oucchhh...sakit..aku tengok budak perempuan tu menangis-nangis sakit..


Nak tau sape yang jadi hero?? Hahahaaha...mamat tulah...aku tengok dengan mata kepala au sendiri dia tolong ahmoi tu...wahh sweetnya...tak sangka aku ada mamat sweet macam dia...ahhh...sampai ke hari ni aku masih ingat lagi ke"sweet"an mamat tu walaupun bukanlah aku ahmoi yang terjerlus kaki tu..upprsss....

No comments: