Sha's connection

Sunday, December 18, 2011

LELAKI ITU GAY MELAYU

    Sehari dua ni, kecoh cerita tentang seorang lelaki Melayu, beragama islam dan difahamkan seorang yang cerdik pandai menghebohkan dunia dengan "perkahwinan" beliau dengan suami...err...suami or bini...akupun confuse.... iaitu bersama seorang lelaki warga Eropah.

Berita ni aku baca masa aku tengah sibuk nak siapkan thesis aku bersama dua orang kawanku yang non-malay, bayangkan kawan aku yang Non-Malay and NON MUSLIM itupun boleh mengecam perbuatan si A (cukuplah sekadar short namenya sahaja), aku memang agak terkilan kerana kawan-kawan aku yang non-malay and non muslim pun tahu perbuatan si A (gay melayu) ni sesat tetapi si A pula seolah-olah langsung tidak punya rasa bersalah??  nauzubillah min zalik.....

Difahamkan si A adalah seorang pelajar yang sangat pandai dan pernah mendapat tajaan daripada Petronas, bagaimanapun ada ura-ura mengatakan dia menghilangkan diri sejak tahun 2009 dan muncul kembali dengan mengecohkan dunia dengan perkahwinan bersejarahnya ini.... ya ALLAH tak tahulah apa perasaan mak ayah dia.... sebenarnya, gambar-gambar perkahwinan si A yang tersebar bukan disebar sendiri oleh si A ni tetapi oleh pasangan gaynya itu. Sebenarnya niat si A untuk mendirikan rumah tangga itu memang sudah BETUL tetapi JALAN yang dipilihnya sahaja yang salah (memang sangat salah) .


 Itu adalah satu foto perkahwinan si Adan pasangannya (telah aku petak2kan, dan cukuplah satu saja aku letakkan demi menjaga aibnya dan keluarganya juga-aku juga mohon maaf disini kerana meletakkan gambar ni.).. Dalam gambar perkahwinannya itu dilihat si A memakai pakaian kebesaran melayu sebagai baju kahwinnya, bermakna si A ni masih ingat lagi tentang asal-usulnya kerana dia memakai baju melayu, bersamping dan bertongkolok, jadi aku yakin yang dia masih lagi normal, jadi sebagai saudaranya sesama islam, sama-samalah kita mendoakan agar si A ni kembali ke pangkal jalan.


Ingatlah wahai pembaca, Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:  “Empat golongan yang pagi hari dalam kemurkaan Allah dan petang hari dalam kemurkaan Allah. Lalu ada yang bertanya; “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah ? Baginda menjawab; “Iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang bersetubuh dengan binatang dan lelaki yang bersetubuh dengan lelaki (homoseks)”. (Hadith riwayat Thabrani dan Baihaqi)

Malah ALLAH TAALA juga berfirman : ;وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ






Maksudnya: “Dan Nabi Lut juga (kamu utuskan), Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”


P/S ~ Sama-samalah kita mendoakan A kembali ke pangkal jalan selagi masih ada waktu untuk dia bertaubat, dan janganlah kita berterusan menyalahkan dan menghina beliau... Islam itu bukan agama yang mengkeji penganutnya, ingatlah ALLAH itu MAHA pengampun.... insyaALLAH dibukakan pintu taubat buat si A. Selain itu, janganlah kita terus mengeji-ngeji beliau lagi, fikirkan tentang perasaan family beliau untuk menghadapi ujian ini. Macamana kalau kita berada di tempat mereka??

No comments: