Sha's connection

Saturday, March 12, 2011

Oh Maggi Tomyam

Inilah rupa keadaan maggi tomyamku yang kembang...
Dua hari lepas aku adalah beli maggi tomyam kat cafe kolej,masa aku beli tu dalam kul 7 malamlah sejurus sahaja aku habis kerja,sebab kawan aku janji nak naik ke bilik kejap saja,alih-alih sejam aku menunggu dan kawan aku tu datang dalam kul 8 malam,aku cepat-cepat naik ke bilik sebab masa dah suntuk coz dalam 8.30 aku dah kena turun kutip derma untuk projek kemiskinan kitorang lak,masuk saja bilik,aku tengok bilik aku penuh dengan kawan-kawan aku datang masak puding kentang lak....adoiyaiii...alih-alih maggi still tak dapat makan..aku turun pergi kutip derma dalam sejam lebih jugak..and naik balik ke bilik aku dah pukul 10,mata makin mengantuk..maggi kena makan jugak sebab perut dah mencerut lapar..aku ambil mangkuk dan tuangkan maggi yang dibungkus dengan plastik ja...ya ALLAH,aku tersengih seorang kat lantai bilik....maggi aku dah kembang gile....aduh..nak tak nak kena hadap jugak..kembang betul tekak aku nak habiskan maggi yang kembang,....alahai maggi tomyam.....

No comments: